 |
Pencemaran Organik Persisten.
Pencemaran Organik Persisten telah digunakan dengan
banyaknya semasa perang dunia ke II, dimana sebanyak lebih
1000 bahan kimia sintetik telah diperkenalkan untuk penggunaan
komersial. Bahan-bahan kimia ini mempunyai pelbagai kegunaan
didalam pengawalan penyakit dan perosak, penghasilan tanaman
dan industri. Namun begitu, tanpa disedari bahan kimia ini juga
memberi kesan kepada kesihatan manusia dan persekitaran.
Antara bahan pencemar organik persisten yang biasa kita
dengar adalah seperti PCB, DDT dan dioxins. Bahan
pencemar organik persisten merangkumi:
Bahan kimia yang dihasilkan untuk pertanian, pengawalan penyakit, industri pembuatan dan industri pemprosesan. Contohnya, PCB
yang telah digunakan dengan banyaknya di dalam industri (misalnya; transformer elektrik, kapasitor, hidraulik, cecair pertukaran haba, serta bahan tambah bagi cat dan pelincir).
Bahan yang terhasil dari tindak balas kimia seperti dioxin, serta bahan yang terhasil dari pemprosesan industri serta pembakaran (contohnya: sisa pembuangan bahan perubatan dan pembandaran, serta pembakaran sampah sarap.
DDT adalah sejenis pestisid yang sangat dikenali serta paling banyak kontroversi. Diangggarkan sebanyak 4 billion pounds bahan kimia ini telah dihasilkan dan diaplikasi diseluruh dunia sejak 1940. Di Amerika Syarikat, DDT telah digunakan dengan meluas dalam tanaman, terutama kapas dari tahun 1945-1972. DDT juga digunakan untuk melindungi tentera daripada jangkitan penyakit gigitan serangga seperti malaria dan tifus semasa perang dunia ke- 2. Kini, DDT masih menjadi bahan perubatan yang penting di kawasan tropika. Penggunaan bahan kimia ini secara berlebihan telah membawa kepada penyebaran pencemaran persekitaran serta pengumpulan DDT terhadap manusia dan hidupan liar. Satu fenomena telah dibawa kepada perhatian umum oleh Rachel Carson di dalam bukunya yang bertajuk Silent Spring (1962).
‘Bald Eagle’ sejenis spesies burung yang sangat sensitif kepada DDT. Kesedaran orang awam tehadap risiko bahayanya DDT dalam jangkamasa yang lama terhadap kesejahteraan sejagat serta kepupusan hidupan liar telah menyebabkan Environmental Protection Agency (EPA) memansuhkan pendaftaran DDT pada tahun 1972. ‘Bald Eagle’ merupakan satu pemuliharaan semula spesis yang paling dramatik dalam sejarah dunia.
Bagaimana Bahan Pencemar Persisten boleh mengancam penduduk dan hidupan liar?
Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara pendedahan Bahan Pencemar Persisten kepada kemerosotan, jangkitan penyakit serta ketaknormalan di dalam jumlah spesis hidupan liar termasuklah beberapa jenis ikan, burung dan mamalia. Hidupan liar juga boleh bertindak sebagai pengawal untuk kesihatan manusia: ketaknormalan atau kemerosotan dalam jumlah hidupan liar merupakan tanda amaran untuk para penduduk. Ketaknormalan pada kelakuan dan kecacatan kelahiran pada ikan, burung-burung, dan mamalia di sekitar Great Lakes sebagai contohnya, telah memimpin para saintis agar menyiasat mengenai pendedahan Bahan Pencemar Persisten pada penduduk manusia.
Bahan pencemar persisten turut memberi kesan kepada orang awam terutama dalam perkara seperti reproduktif, neurologi, endokrin, pembangunan, sikap, dan immunologi. Bahan Pencemar persisten telah merebak kepada orang ramai melalui makanan tercemar. Namun terdapat juga kes-kes yang jarang berlaku yang melibatkan pendedahan bahan pencemar persisten menerusi minuman dan hubungan secara langsung dengan bahan kimia tersebut. Bagi manusia dan mamalia yang lain, Bahan pencemar persisten boleh dipindahkan melalui plasenta dan susu ibu. Bagaimanapun, harus diingati bahawa faedah daripada menyusu badan adalah jauh lebih tinggi berbanding risiko kepada pendedahan ini.
Sebilangan jumlah populasi berada di dalam risiko yang tinggi untuk terdedah kepada risiko bahan pencemar persisten, ini termasuklah mereka yang mengamalkan diet pemakanan yang tinggi dalam kandungan ikan, kerang serta hidupan liar yang kaya dengan lemak yang diperolehi dari kawasan ini. Bagi mereka, memburu atau memancing bukanlah satu aktiviti riadah ataupun sukan tetapi adalah satu kaedah tradisi dalah kehidupan seharian, dimana tiada satu hasil tangkapan pun adalah sia-sia. Di kawasan terpencil seperti Alaska, aktiviti-aktiviti di atas adalah satu-satunya cara yang ada untuk mendapatkan khasiat nutrisi demi kesihatan diri.
Selain itu, kanak-kanak, warga tua serta mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah adalah di antara golongan yang mudah terdedah kepada risiko pencemaran( bahan pencemar persisten). Bahan pencemar persisten yang turut dikaitkan dengan masalah reproduktif turut memberi risiko kepada kaum ibu yang mengandung.
Rujukan: The Environmental Protection Agency USA.
Kembali
|
 |
 |