English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap













Diet kanak-kanak Malaysia.

Diet Malaysia seperti kari pedas bersantan kelapa adalah cukup terkenal di seluruh dunia. Santan kelapa, bersama mentega dan gula tebu adalah sangat popular sebagai ramuan di dalam hidangan Malaysia.

Trend terkini, walaupun bukanlah diseluruh negara adalah dengan menggantikan santan kelapa dengan susu soya, malahan beras perang juga semakin digemari untuk digunakan di dalam diet kita. Jika dilihat sayuran hijau juga semakin digunakan dalam setiap hidangan. Banyak restoren yang tumbuh di sana-sini, ketua tukang masak bagi hidangan Malaysia serta gastronomi syurga Asia, telah memperkemaskini ciptaan masakan tempatan oleh kerana peningkatan jumlah kes obesiti, diabetis dan strok.

Kebanyakkan rakyat di Malaysia lebih gemar makan makanan yang berkalori tinggi serta makan lebih daripada yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa pengaruh barat yang kuat telah menyebabkan peningkatannya jumlah rangkaian restoran makanan segera serta makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi karbohidrat halus serta jumlah protein haiwan yang tinggi. Ini menyebabkan peningkatan kepada jumlah obesiti serta penyakit kardiovaskular.

Cukuplah dengan maklumat negatif ini!!
Mari kita lihat kepada hidangan makanan kita setiap hari: Ikan sudah pasti menjadi hidangan kita setiap hari yang mana merupakan sumber yang kaya dengan minyak omega yang penting – satu mata bonus, sayuran hijau juga merupakan sumber yang kaya dengan mineral dan vitamin. Jika kita sertakan aneka buah-buahan di dalam diet harian kita, sudah pasti ia dapat membantu dalam memenuhi keperluan nutrien yang kita perlukan. Namun apa yang paling penting adalah keseimbangan dalam jumlah vitamin, mineral dan karbohidrat. Mengambil kurang sesudu nasi dan lebihkan sayuran adalah merupakan langkah kecil untuk ganjaran di masa hadapan. Ini juga akan membawa kepada tenaga untuk jangka masa panjang serta semangat untuk hidup serta mengurangkan kerumitan kesihatan.

Cubalah & dan selamat berjaya.

                                                      Kembali

    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us! Sitemap