English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap


Memelihara Pertumbuhan
Tulang Si Kecil.



Apabila kita memikirkan mengenai kesihatan si manja,
kita jarang memikirkan mengenai kesihatan tulang
mereka dengan lebih terperinci, namun pertumbuhan
tulang juga telah bermula sejak kecil lagi.Cara hidup
yang sihat serta kesedaran di peringkat awal turut
menyumbang kepada faktor mengelakkan osteoporosis
dari berlaku di kemudian hari.

Osteoporisis, merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan tulang kurang tumpat dan lebih
mudah berlaku keretakan yang turut dikenali sebagai “penyakit paediatrik yang disebabkan faktor geriatrik” ini kerana jisim tulang telah dibina sejak dari peringkat kanak – kanak dan ini merupakan faktor yang penting dalam menentukan kesihatan tulang sepanjang hayat. Tabiat kesihatan anak anda perlulah bermula dari sekarang kerana ia merupakan penentu kepada kesihatan tulang mereka
di masa hadapan.

Bunyinya kedengaran jelas namun tulang adalah struktur utama bagi pertumbuhan badan si kecil. Tulang adalah tisu hidup yang berubah secara konsisten (dimana tulang lama digantikan dengan tulang yang baru). Anda boleh membayangkan tulang seperti sebuah akaun bank dimana (dengan bantuan anda) si kecil dapat ‘mengdeposit’ dan ‘mengeluar’ tisu tulang. Di usia muda, lebih banyak tulang akan ‘didepositkan’ berbanding ‘dikeluarkan’ ini kerana pada masa ini pertumbuhan skeleton giat dijalankan begitu juga dengan saiz dan ketumpatan.

Otot semakin kuat jika kita sering menggunakannya. Perkara ini turut dapat diaplikasikan kepada tulang: lebih banyak akitviti yang kita lakukan maka lebih kuat tulang kita. Sebarang bentuk aktiviti fizikal adalah baik untuk si kecil, namun yang paling baik adalah seperti berjalan, berlari, mendaki, bermain tenis, bola keranjang, gimnastik dan bola sepak. Si kecil yang lebih suka bermain di luar
akan mendapat jumlah vitamin D yang lebih tinggi. Berenang dan berbasikal juga dapat membantu dalam kesihatan si kecil, namun ia bukanlah aktiviti sukan yang dapat membantu dalam membina ketumpatan tulang. Aktiviti permainan akan lebih menyeronokkan dan membantu dalam membina keyakinan diri, namun ianya bukanlah satu-satunya jalan untuk membina tulang yang sihat.

Adalah lebih penting dalam membantu si kecil agar lebih banyak menghabiskan masa dengan
bergerak berbanding duduk semata-mata. Antara hadiah yang terbaik boleh anda berikan kepada si kecil adalah anda membenarkannya dalam melakukan aktiviti fizikal samada bersama-sama rakan mahupun seorang diri, di dalam rumah ataupun di luar rumah. Nutrisi makanan yang betul serta fizikal aktiviti yang mencukupi adalah penting bagi perkembangan tulang anak anda.


Kalsium terdapat dalam kebanyakkan produk tenusu, susu, keju, yoghurt dan sebagainya. Segelas susu 8 oz mengandungi 290 mg kalsium yang turut bersamaan dengan 29% jumlah keperluan si kecil.Selain itu, kalsium juga boleh diperolehi dari sardin, tofu dan jus oren.

Rujukan: National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases.

 

                                               Kembali


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap