![]() |
![]() |
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
||||||||||||
|
|
Sungguhpun begitu terdapat pelbagai jenis ramuan semulajadi di sekitar rumah kita yang dipercayai dapat membantu dalam memelihara kesihatan kita. Madu Khasiat madu telah dipercayai sejak dahulu lagi. Terdapat pelbagai jenis madu antaranya madu Kamahi madu Manuka, dan madu lebah hutan. Madu Kamahi telah dipercayai khasiatnya oleh orang asli Mouri (New Zealand) dari satu generasi ke satu generasi. Antara khasiat madu adalah seperti merawat dalam penyakit batuk, asma dan penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular. Bawang Putih Bawang putih pada kebiasaanya digunakan di dalam masakan. Namun begitu bawang putih juga dapat di gunakan oleh ibu-ibu yang mengalami ‘tumit pecah’. Di katakan bahawa bawang putih yang telah dikupas perlu digosokkan pada tumit yang pecah-pecah dan amalan ini dipercayai dapat melembutkan tumit kaki tersebut. Alorvera (juga dikenali sebagai Pokok Lidah Buaya) Alorvera dipercayai dapat membantu dalam penyembuhan luka dan kesan luka terbakar pada kulit. Selain itu, ianya dipercayai dapat membantu dalam penyakit dermatitis, acne dan juga keguguran rambut. Alorvera dipercayai dapat memberikan kesan lembapan pada kulit . Kini terdapat produk minuman yang mengadungi Alorvera. Minuman ini dipercayai dapat memberikan kelegaan kepada mereka yang mempunyai masalah dengan sistem penghadaman. Asam Jawa Asam jawa juga sering kali digunakan di dalam masakan melayu. Pokok Asam Jawa hidup subur di Negara Malaysia kerana kadar hujannya yang turun sepanjang tahun. Pokok Asam Jawa mempunyai batang pokok yang keras dan tegap. Sekiranya anak anda mengalami sakit tekak, anda boleh memberikannya minum air Asam Jawa. Selain itu ianya juga dipercayai dapat meredakan demam panas dan sakit kepala. Apa yang anda perlu lakukan ialah bancuhkan asam jawa dengan sedikit air lalu sapukan ke kepala anak anda.
Rujukan: 1. The Oxford book of health foods, oleh John Griffith Vaughan, Patricia Ann Judd
|
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|
||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes | |
![]() |
|
|||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|