English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap


Kitar Semula - Mendidik dari Kecil

Setiap tahun kita mendengar pihak kerajaan mahupun swasta melancarkan kempen
kitar semula. Namun masih ramai lagi di antara kita yang tidak mengamalkan prisip
kitar semula dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya, menanam tabiat mengitar
semula perlu dilakukan sejak kecil lagi. Ibu bapa juga boleh menggalakkan si kecil agar
mengitar semula dan bukan hanya menunggu bimbingan dari guru-guru sekolah.

Tahukah anda?

1. Sebanyak 17 pohon pokok digunakan untuk menghasilkan satu ton kertas.
2. Satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan
sebuah lampu yang berkuasa 100 watt selama 3 jam.
3. Sebatang pokok memerlukan hampir 10 tahun untuk membesar.
4. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru dan dapat menjimatkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca sebanyak 32%
5. Malaysia mengimport lebih 25 000 tan kertas buangan sebulan demi menghasilkan produk kertas.

Melalui buku ‘Panduan Kurikulum Sekolah’, terdapat beberapa idea yang dapat dilakukan oleh pihak guru mahupun ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak kecil agar mencintai alam. Antaranya ialah:

1) Interaksi dengan alam sekitar

a) mengajar anak-anak mengenai nama tumbuhan yang terdapat di persekitaran
b) Menunjukkan gambar pemandangan alam serta menceritakan mengenai keindahan alam
c) Berbincang bersama anak-anak mengenai kejadian alam seperti hujan, banjir dan rebut

2) Menjaga kebersihan alam sekitar

a) Berbincang mengenai bagaimana untuk menjadikan kawasan tempat tinggal agar kelihatan bersih
b) Berbincang mengenai apa itu kitar semula
c) Membincangkan mengenai tanggunjawab manusia agar mengitar semula

3) Pencemaran alam sekitar

a) Menerangkan kepada anak-anak mengenai punca terjadinya alam sekitar.
b) Memberikan contoh mengenai pencemaran alam yang terjadi dunia ini.

Kenali tong kitar semula

Anda juga boleh menerangkan kepada si kecil mengenai mengenai tong kitar semula. Terdapat 3 jenis tong kitar semula iaitu:

1) Tong Biru – Tong ini digunakan bagi semua jenis kertas. Seperti kertas surat khabar lama, majalah dan buku nota.
2) Tong Coklat – Tong ini digunakan bagi semua jenis kaca. Seperti botol minuman,botol minyak wangi bekas makanan,dan botol kicap.
3) Tong Jingga – Tong ini dugunakan bagi semua jenis plastic seperti botol minuman, beg plastic, tin aluminuim serta foil aluminium.

Tabiat kitar semula perlu dilakukan sejak dari rumah lagi. Antaranya aktiviti yang anda boleh lakukan ialah:

1. Menyediakan benjawan bulanan, bagi mengenalpasti barangan rumah yang perlu dibeli.
2. Membawa beg sendiri sewaktu membeli belah, dengan ini kita dapat menjimatkan penggunaan beg plastik.
3. Barangan yang kerap kali digunakan seperti sabun dan shampoo perlu dibeli dalam saiz yang lebih besar serta dalam pek ekonomi. Ini sedikit sabanyak dapat menjimatkan perbelanjaan rumah.
4. Kertas terpakai yang masih boleh digunakan semula perlulah disimpan bagi mencatat nota-nota kecil.

Penyampaian secara berkesan mengenai kepentingan kitar semula mampu menanam minat anak-anak agar cintakan alam sejak dari kecil lagi.

 

Rujukan:

1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2. Perlindungan Alam Sekitar – Kitar Semula Tanggungjawab Bersama – Hasnah Ahmad Nadzar (2008)
3. Panduan Kurikulum Prasekolah, Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Binti Menon & Mohd Sharani Bin Ahmad (2003)


                                                                     KEMBALI



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap