 |
Tanggungjawab Sosial Korporat NURAL
NURAL adalah badan korporat yang turut bertanggungjawab di dalam memelihara
persekitaran yang sihat. Nural komited untuk menghasilkan produk terbaik yang
berkualiti tinggi serta penuh khasiat demi kesihatan dan kesejahteraan para
pengguna kami.
Oleh kerana itu, NURAL mempunyai komitmen korporat yang tinggi untuk
bertanggungjawab di dalam lapangan perniagaan. Hal ini dicerminkan menerusi
perhubungan kami dengan para pelabur, rakan niaga, pekerja dan pengguna
produk kami.
NURAL komited dalam menyokong dan menggalakkan tanggungjawab sosial dalam diri setiap individu selain meningkatkan penjagaan alam sekitar, penjagaan pemakanan yang terbaik dan amalan cara hidup yang sihat.
Komitmen yang sebegini menjadikan NURAL sebagai badan korporat yang mengimpikan
persekitaran terbaik yang berpanjangan demi penjanaan kehidupan yang sihat untuk komuniti
serta perkembangan menyeluruh anak-anak. |
 |
 |