English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama


Untuk Difikirkan.


 Pada suatu masa dahulu seseorang memberitahu saya satu cerita dongeng yang indah,
ianya bermula begini…...

 “Semua wanita yang baru menjadi ibu perlu mengekalkan paras pemakanan berkhasiat yang tinggi demi menjaga kesihatan anak-anak mereka dan keluarga. Mereka mempunyai satu diet seimbang, termasuklah semua jenis kumpulan makanan untuk memastikan mereka mempunyai tenaga, dan makanan untuk minda serta tidur yang mencukupi."

 Akhiran gembira untuk cerita saya – “Ibu mempamerkan senyuman yang bertenaga dengan satu peti ais dipenuhi buah dan sayur-sayuran, dan tidak mempunyai walaupun satu gula-gula bar atau cebisan biskut, serta masih mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk menyediakan satu hidangan seimbang untuk diri mereka."

 Ini adalah sebuah negara yang sungguh jauh dari realiti!

 Realiti keadaan sebenar bagi saya yang baru bergelar ibu, saya mencapai apa sahaja yang dapat dicari dan sering menghabiskan hidangan anak saya kerana saya tidak mempunyai tenaga untuk menyediakan makanan saya sendiri. Secawan teh atau kopi dengan beberapa keping biskut adalah makanan malam yang biasa buat saya.

 Saya tidak mahu berceloteh kepada anda mengenai setiap perkara yang sepatutnya anda lakukan dalam cerita dongeng. Untuk itu, saya akan memberikan sedikit tips yang dapat membantu anda dalam kehidupan realiti ini.

 Vitamin C.
 Badan kita memerlukan vitamin C yang secukupnya untuk menyerap lemak. Namun begitu, ini tidak bermakna anda boleh menghabiskan semua lebihan ais-krim semasa menghadiri jamuan dan mengambil buah oren sebaik pulang ke rumah. Pengambilan buah oren sebanyak satu ke dua biji dalam sehari dapat membantu dalam memecahkan lemak badan yang telah sedia wujud di dalam badan dan membantu meningkatkan pembakaran lemak. Vitamin C adalah penting dalam menghasilkan ‘carnitine’, sejenis bahan yang menukarkan lemak kepada bahan pembakar. Antara sayuran yang kaya dengan vitamin C adalah seperti lada merah dan brokoli.


 Omega-makanan untuk minda.
 Pada masa kini, kebanyakkan diet terkini adalah kaya dengan Asid Lemak Omega 6 yang mana boleh diperolehi di dalam daging, telur, bijiran halus, dan minyak jagung. Menurut hasil penyelidikan terbaru, ketidakseimbangan ini boleh menjadi faktor kepada masalah kemurungan. Untuk itu, makanan yang kaya Omega 3 seperti flaxseeds, ikan, serta kekacang perlu ada di dalam amalan diet kita.

Omega 3 dan Omega 6 adalah merupakan Asid lemak politidaktepu. Para penyelidik telah lama mengesyaki bahawa kurangnya pengambilan makanan yang mengandungi omega 3 boleh menyumbang kepada kemurungan. Untuk itu, anda perlulah mempelbagaikan pengambilan makanan anda (seperti makanan jenis kekacang) dan jangan tertumpu kepada satu jenis hidangan sahaja (seperti snek).

 Kebaikkan Tembikai.
Tembikai boleh di dapati dengan banyaknya di Asia. Maka, tidak sepatutnya anda memberi alas an untuk tidak mengambil buahan tembikai berkhasiat tinggi yang selalu disediakan di dalam majlis keramaian.

 Tembikai adalah sarat dengan lycopene. Menurut kajian, Lycopene telah membuktikan berupaya membantu pesakit yang mengalami kanser. Didalam sebuah kajian juga menunjukkan bahawa jus tembikai mampu bersaing dengan jus tomato bagi jumlah tahap lycopene di dalam jus buahan tersebut. Tembikai juga membantu dalam penjagaan kulit muka, ini kerana ia kaya dengan kompaun-kompaun yang membantu dalam penyembuhan serta proses memperbaharui kulit. Di mana dengan kurang 50 kalori dalam setiap cawan, tembikai adalah salah satu cara terbaik dalam memenuhi kehendak penggemar makanan manis. Malahan dengan tambahan 141 gram air secawan, tembikai juga membantu anda agar sentiasa dalam keadaan berhidrasi.

 Sebiji epal sehari..
 Ketika saya masih kecil, ianya membantu saya dari berjumpa doktor. Kini, ia turut membantu dalam masalah kekejangan. Sebiji epal sehari adalah penting dalam mengekalkan kesihatan kolon. Mana satupun pilihan anda samada jus epal atau buah epal yang segar, badan anda sudah tentu berterima kasih kepada anda di atas pilihan anda ini.

 Kini, saya dikurniakan inspirasi untuk menulis sebuah buku- Khasiat Nutritsi Mudah Buat Mereka Yang Baru Bergelar Ibu.

 Anak kita adalah harta yang terpenting di dalam hidup kita, tanpa kita mereka tidak akan mendapat yang terbaik dari dunia ini. Marilah kita memelihara mereka sebaik mungkin, selangkah pada setiap masa.

 Sumber Rujukan: The Real Age Diet

 

Kembali 


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap