 |
Nutrisi dan Anak Anda.
Kanak-kanak kecil memerlukan pemakanan yang baik untuk tenaga
dan pertumbuhan. Terdapat segelintir anak-anak ini yang cerewet
makanan namun begitu perlu diingat bahawa nutriten yang penting
terdapat di dalam pelbagai jenis makanan. Untuk itu, adalah penting
bagi mereka untuk mendapatkan diet yang sihat dan seimbang.
Tenaga.
Kanak-kanak memerlukan sebanyak 1000 kalori sehari yang boleh
diperolehi (keperluan bagi wanita dalam sehari adalah 2000
manakala lelaki adalah 2500 kalori) dari pelbagai jenis kelas
makanan:
- daging, ikan, ayam dan telur – 2 hidangan sehari
- roti, bijirin, nasi, kentang, pasta- 5 hidangan sehari
- buah dan sayuran – 5 hidangan sehari
- produk tenusu dan hidangan kaya kalsium – 4 hidangan sehari
Saiz Hidangan: Kanak – kanak memerlukan saiz hidangan yang berbeza dimana ianya bergantung kepada jumlah yang mereka makan. Berbanding hidangan orang dewasa, kanak-kanak memerlukan saiz hidangan yang lebih kecil (setengah atau suku dari hidangan dewasa). Mereka lebih gemar untuk makan dengan lebih kerap serta dalam saiz hidangan yang kecil berbanding orang dewasa.
Karbohidrat.
Karbohidrat boleh ditemui di dalam makanan berkanji seperti roti, bijirin, nasi, kentang dan pasta. Karbohidrat menyumbang kepada jumlah tenaga yang diperlukan oleh mereka setiap hari.
Lemak.
Lemak memainkan peranan yang penting dalam memberikan tenaga, membawa vitamin didalam badan dan membantu membina sel membran. Kanak-kanak memerlukan lemak lebih banyak berbanding dewasa – (1 per tiga dari jumlah keseluruhan pengambilan makanan) untuk itu makanan rendah lemak adalah tidak sesuai bagi mereka.
Makanan yang mempunyai lemak tepu ini boleh didapati daripada keju, susu penuh krim, yogurt dan daging berlemak. Namun begitu, kebanyakkan anak-anak mengambil makanan yang tinggi lemak di dalam jumlah yang banyak. Ini menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan boleh membawa kepada risiko penyakit jantung di kemudian hari. Antara makanan yang tinggi lemak adalah seperti makanan ringan dan snek, kek, biskut, coklat dan pastri. Buah-buahan, sayuran, roti bakar, kraker serta bijirin adalah antara sumber snek yang jauh lebih baik untuk anak-anak.
Adalah digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu sebagai contoh minyak ikan, zaitun, tumbuhan, kekacang dan juga sapuan seperti avocado, kekacang dan bijian. Namun begitu, perlu diingat bahawa anak-anak mudah tercekik apabila makan kekacang dalam saiz yang besar malah ada juga di antara mereka yang alah kepada makanan ini.
Kalsium
Kalsium adalah diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium boleh diperolehi daripada susu, yang merupakan sumber yang penting buat anak-anak kecil sehingga berusia umur 2 tahun. Selain itu, sumber kalsium adalah daripada produk tenusu, makanan dalam tin seperti sardin, dan salmon, tofu, telur, roti (diperkaya dengan kalsium), sayuran hijau, buahan kering seperti kismis, aprikot, bijian serta kekacang.
Vitamin D
Vitamin D membantu dalam menyerap kalsium. Pancaran matahari juga merupakan sumber bagi vitamin D. Antara sumber makanan yang mengandungi vitamin D adalah minyak ikan, telur dan majerin sapuan.
Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk kulit yang sihat, dapat meningkatkan imun sistem dan membantu badan dalam menyerap zat besi. Ianya banyak ditemui di dalam buah sitrus, beri, anggur, kiwi, tomato, brokoli dan sayuran hijau. Vitamin C boleh termusnah ketika masak, untuk itu adalah lebih elok disediakan dalam bentuk hidangan tanpa masak ataupun dimasak dengan api sederhana. Kandungan vitamin ini juga akan berkurangan selepas beberapa hari. Untuk itu, adalah lebih baik untuk menggunakan sayur sejuk beku berbanding yang segar sekiranya anda ingin menyimpannya untuk jangka masa yang panjang.
Zat besi
Tanpa zat besi, badan tidak dapat membina hemoglobin, yang mana membawa oksigen ke seluruh badan. Daging merah merupakan sumber yang baik dan begitu juga dengan hati (hidangan sekali dalam seminggu kerana terlalu tinggi pengambilan vitamin A boleh membahayakan kesihatan). Antara sumber bukan daging adalah seperi sayuran hijau, buahan kering, kekacang, lentil, kacang kuda, bijiran yang diperkaya, dan tepung susu, Pengambilan supplemen zat besi adalah tidak digalakkan kerana pengambilan zat besi yang berlebihan adalah merbahaya. Jika ibubapa bimbang bahawa anak mereka mungkin mengalami anemia (kekurangan zat besi), maka mereka perlu mengambil nasihat daripada pihak perubatan.
Vitamin C membantu dalam menyerap zat besi, untuk mendapatkan mineral yang seimbang, Untuk itu adalah digalakkkan untuk mengambil hidangan sepotong buah ataupun segelas jus dalam sehari.
Gula dan garam
Snek dan minuman ringan boleh membantutkan selera makan anak-anak serta boleh merosakkan gigi mereka. Gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyumbang kepada masalah obesiti dan mengundang kepada penyakit diabetis dikemudian hari. Untuk itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan makanan jenis ini kepada kanak-kanak.
ThanGaram (sodium) didalam jumlah yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang serta menyebabkan tekanan darah tinggi dikemudian hari. Untuk itu, makanan seperti snek perlu diminimumkan serta dikurangkan pengambilan garam didalam masakan.
Vitamin dan supplemen
Vitamin dan supplemen adalah tidak diperlukan kecuali kanak-kanak tersebut kekurangan nutrisi yang penting (yang tidak akan terjadi sekiranya mereka mempunyai diet yang seimbang).
Vegetarian
Bagi vegetarian, diet yang seimbang adalah diperlukan agar kanak-kanak mendapat nutrisi yang seimbang. Namun, para pakar tidak menggalakkan kanak-kanak kecil dididik dengan diet sayuran yang ketat.
Rujukan: www.kidsandnutrition.co.uk
Kembali
|
 |
 |