NUGROW telah dilancarkan secara rasminya di MYDIN USJ pada 1 Ogos 2008.
Pelancaran ini dihadiri oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Dato' Hj Ameer Ali Mydin, Timbalan Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, YB Puan Noriah binti Kasnon, Pengarah Pemasaran Nutritek Overseas Pte Ltd, Encik Paul Soh. Tips ikatan kekeluargaan bersempena program tanggungjawab sosial korporat turut diadakan dimana beberapa selebriti tempatan berkongsi tips berguna bersama para hadirin . Antara yang turut serta ialah:
Pelakon dan model Zahnita Wilson, hos dan penerbit TV3 Azura Abd Karim, Chef
terkenal Malaysia, Chef Wan dan hos, pelakon dan model, Sharifah Shahirah.