English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama


Mencegah Penyakit dari Awal


Sehinggga kini, wabak penyakit influenza H1N1 masih kerap kali di war-warkan di televisyen mahupun di dada akhbar. Virus ini mudah berjangkit kepada orang ramai terutama menerusi batuk mahupun bersin. Untuk itu, pastikan anda membawa tisu terutama ketika berjalan di kawasan tumpuan awam.

Selain itu, virus ini juga boleh merebak melalui pernafasan dan juga sentuhan. Antara mereka yang tergolong di dalam golongan yang merbahaya adalah:

a. Kanak-kanak kecil
b. Warga tua
c. Ibu mengandung
d. Mereka yang mempunyai penyakit sampingan seperti – penyakit saraf, diabetes, penyakit paru-paru, obesiti dan asma.

Untuk itu masyarakat Malaysia seringkali diperingatkan agar memakai penutup mulut dan hidung apabila berjalan dikawasan tumpuan orang ramai. Kita juga dinasihatkan agar mencuci tangan dengan lebih kerap. Memakai penutup hidung dan mulut adalah penting dalam menghalang penyebaran titisan cecair dari tersebar. Ini juga merupakan salah satu adap yang disyorkan.

Sekiranya anak anda dijangkiti deman mahupun selsema, adalah lebih wajar untuk memastikan mereka berada di dalam rumah sahaja. Selain mengelakkan dari menjangkiti orang lain, langkah pencegahan ini dapat membantu dalam penyembuhan anak anda. Malahan dengan mendapatkan rawatan awal akan dapat membantu dari menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk dan merbahaya.

Kerjasama dari sekolah juga perlu dipertingkatkan dalam mengawasi kesihatan anak-anak. Terdapat juga sekolah yang mengajar para pelajarnya mengenai cara mencuci tangan yang betul. Kaedah mencuci tangan yang betul adalah seperti berikut:

a. Basahkan tangan dan letakkan sedikit sabun serta ratakan.
b. Gosok tapak tangan kanan kemudian kiri
c. Gosok pada setiap jari serta celah jari.
d. Gosok kuku kanan dan kiri pada tapak tangan
e. Gosok pada bahgian belakang tangan dan celah jari
f. Cuci tangan dengan air
g. Lap tangan dengan tuala yang bersih dan kering

Amalkan mencuci tangan setiap kali selepas bersin mahu pun batuk. Turut digalakkan mencuci tangan sekiranya anda menyentuh permukaan di tempat awam seperti di gedung membeli belah, bas atau LRT. Anda juga perlu kerap mencuci tangan sekiranya anda berada berdekatan dengan individu yang mengalami selsema mahupun batuk.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda –tanda seperti di bawah, maka segeralah ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

a. Demam yang berterusan
b. Cirit birit atau kerap muntah
c. Mengalami masalah pernafasan – sesak nafas, sakit dada dan semput
d. Batuk atau kahak berdarah

 

Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Kembali 


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap