English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap

Pengurusan Waktu Makan


Selera anak-anak adalah bergantung kepada aktiviti harian mereka.
Sesetengah kanak-kanak dapat menghabiskan kesemua makanan
dalam pinggan mereka, sementara kanak-kanak lain adalah lebih
cerewet dalam memilih makanan, dan ini sudah pasti merungsingkan
hati ibubapa dalam melayan karenah si manja. Kanak-kanak akan
makan jumlah yang mencukupi bagi saiz badan mereka. Tidak seperti
orang dewasa, mereka tidak menyedari waktu yang sesuai untuk
makan. Hal ini kerana, mereka lebih leka dalam melakukan aktiviti
seharian ataupun hanya menyukai sesuatu jenis makanan lantas tidak mempedulikan makanan yang lain. Namun, apa yang lebih penting adalah agar si kecil mendapat setiap khasiat nutrisi dari setiap jenis makanan walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Dahulu saya berpendapat bahawa adalah memadai untuk anak saya mendapatkan makanan yang secukupnya bagi melakukan aktiviti harian. Namun saya silap, ini kerana saya memberikan mereka sejumlah karbohidrat yang tinggi. Kini saya percaya bahawa kualiti adalah lebih penting berbanding kuantiti. Sesuap brokoli atau kacang hijau (yang jarang disukai oleh anak saya) adalah membantu dalam memberi khasiat nutrisi berbanding langsung tidak memberikannya jenis makanan seperti ini.

Berikut adalah beberapa idea yang boleh digunakan oleh kita untuk si manja dalam penjagaan makanan yang bijak.

Berikan si manja diet makanan yang seimbang

Diet ‘seimbang’ bermaksud diet yang mengandungi jenis-jenis makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan fiber. Adalah agak sukar untuk memasukkan semua jenis makanan ini dalam waktu makan, namun saya percaya kita semua dapat melakukan yang terbaik. Tidak kira berapa banyak jumlah yang si manja makan, asalkan ia mengandungi sebahagian dari jenis makanan di atas adalah cukup memadai.

Mengawal pemakanan 'Convenience Food'

Convenience Food’ adalah senang disediakan. Ianya memberikan kemudahan kepada kita kerana membantu dalam mengurangkan penggunaan masa dalam menyediakan hidangan. Namun begitu, perlu disedari kerana terdapat sesetengah produk makanan yang mengandungi jumlah garam yang agak tinggi dan boleh membahayakan kesihatan si kecil. Malahan terdapat juga sesetengah makanan ini yang mempunyai perasa dan pewarna tiruan. Perasa dan pewarna tiruan ini boleh menyebabkan penyakit asma dan alergi kepada sesetengah kanak-kanak.

Si manja juga memerlukan snek pada waktu siang


Si kecil juga boleh diberikan hidangan snek pada selang masa di antara hidangan utama. Memandangkan saiz badan mereka adalah kecil, maka jumlah kuantiti yang perlu disediakan untuk mereka juga kecil. Anda juga boleh menyediakan snek yang sihat seperti hirisan epal, lobak, ceri tomato, mahupun roti jika dibandingkan dengan kek ataupun biskut.

Tiada halangan yang ketat bagi makanan ringan dan manisan


Gula-gula, kerepek mahupun biskut adalah diantara makanan ringan yang boleh di dapati di dalam rumah kita. Nilai nutrisi dalam makanan ini tidaklah terlalu tinggi namun mengambilnya secara sederhana tidak akan membahayakan kesihatan kita. Untuk itu, pengambilan makanan ini perlulah di dalam kuantiti yang sederhana.

Pengambilan Susu

Susu merupakan sumber yang penting dalam diet anak-anak (walaupun selepas menyusu). Ianya mengandungi protein, vitamin dan juga kalsium yang sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Susu sangat penting buat si manja sehingga berusia 2 tahun. Terdapat juga ‘susu formula’ yang mengandungi pelbagai vitamin dan zat besi.

Perhatikan jumlah yang diminum (semasa waktu makan)

Si kecil memerlukan sejumlah air yang banyak agar badannya sentiasa berhidrasi , begitu juga dengan orang dewasa. Namun si kecil mempunyai organ yang lebih kecil berbanding orang dewasa dan untuk itu ia memerlukan sejumlah air yang lebih sikit. Galakkan mereka untuk makan sebelum diberikan minuman dan galakkan si kecil minum air kosong dan juga minuman jus buahan-buahan semulajadi. Elakkan dari membiarkan minuman bergas di atas meja rumah anda, kerana ia bukan saja tidak baik untuk gigi si kecil malah lebih cepat memenuhi ruang penghadaman si kecil
.

Biarkan si kecil makan dengan sendirinya

Si kecil gemar untuk bereksporilasi dengan menggunakan jari dan mulut. Berikan si kecil peluang untuk makan dengan sendirinya. Ini akan membantunya untuk berdikari serta meningkatkan rasa seronok ketika makan. Sediakan sudu kecil untuk mereka, dan sudah pasti si kecil meniru apa yang anda lakukan dan seterusnya dapat belajar dengan cepat. Namun, anda juga perlulah bersedia untuk mengemas meja yang telah disepahkan oleh si kecil. Walaupun penat, namum pengalaman itu sangat bereerti.

Menemani si kecil

Tiada siapa yang suka makan keseorangan. Masa makan adalah lebih seronok jika dapat dikongsi bersama-sama walaupun anda hanya makan buah-buahan ataupun snek ringan. Si kecil pasti seronok kerana anda sudi meluangkan masa bersama kerana ketika itulah si kecil mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi daripada anda. Untuk itu, adalah lebih baik sekiranya dapat berkumpul seisi keluarga ketika waktu makan.

Bertenang

Si kecil adalah lebih pandai dari apa yang kita fikirkan dan jangan biarkan masa makan adalah masa untuk berkelahi. Di bawah ini terdapat beberapa idea yang boleh anda aplikasikan ketika waktu makan.
  • Si kecil hanya akan makan apa yang mereka perlukan dan akan berhenti sebaik sahaja kenyang. Jangan memaksa mereka menghabiskan makanan itu.
  • Sekiranya si kecil tidak mahu makan, maka jangan diberikan pinggan makanannya mahupun memberikan si kecil makanan lain. Benar, saya mengerti bahawa ianya bertentangan dengan naluri hati ibu malahan saya juga mengalami perasaan itu berkali-kali. Namun, kita perlulah berusaha dan menetapkan pendirian kerana ia akan berbaloi juga nanti.
  • Tunjukkan kepada si kecil bahawa anda sangat gembira ketika mereka makan dan mencuba makanan baru. Si kecil sudah pasti mahu melihat ibubapanya tersenyum.

Saya berharap idea-idea ini dapat membantu anda. Masa makan adalah antara masa mencabar dalam kehidupan berkeluarga. Sekiranya kita memerlukan bantuan, jangan malu untuk meminta pertolongan kerana kelak kita akan mendapat apa yang kita inginkan dengan lebih cepat.
 
 
Semoga Berjaya.

                                                                     Kembali



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap