English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap



Malnutrisi Di Kalangan
Anak-Anak

Kanak – kanak di negara membangun berhadapan dengan
masalah malnutrisi. Malnutrisi adalah lebih dari merasa lapar
atau tidak mendapat makanan yang secukupnya. Malnutrisi
bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu
atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangan
sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk
membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula
adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan. Kekurangan nutrisi biasanya berlaku di negara yang membangun termasuklah beberapa kawasan di dunia ini.

Sekiranya badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada makanan, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi tidak dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Perkembangan minda boleh terganggu,
dan kanak-kanak ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan sebarang jangkitan penyakit yang berlaku. Malnutrisi turut menyumbang kepada
peningkatan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak di negara membangun.


Badan memerlukan makronutrien (nutrien yang penting dalam jumlah yang kecil) daripada diet makanan kerana badan tidak dapat menghasilkan nutrien ini untuk memenuhi keperluan badan yang optimum. Mikronutrien terdiri daripada vitamin A, B dan C, folik, zink, kalsium, iodin dan zat besi. Negara membangun kekurangan 3 jenis makronutrien utama iaitu zat besi (sila lihat di bawah), iodine (kekurangan sumber ini boleh menyebabkan goiter [pembesaran kelenjar thyriod] dan boleh menyebabkan kematian atau
kerencatan mental dalam perkembangan fetus) dan vitamin A. Kekurangan vitamin A adalah isu yang
serius di dalam dunia perubatan kerana ianya membantu dalam mencegah masalah buta dikalangan kanak-kanak. Menyusu badan adalah digalakkan untuk memastikan bahawa bayi tidak mempunyai masalah kekurangan dalam vitamin ini kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Makanan yang diperkaya dan pertambahan jumlah buah dan sayuran di dalam diet adalah penting untuk mengurangkan risiko kekurangan vitamin A di kalangan orang dewasa. Perempuan mengandung adalah mudah terdedah kepada risiko kekurangan vitamin A kerana perkembangan fetusnya telah menggunakan vitamin A yang terdapat di
dalam tubuhnya.


Kekurangan zat besi adalah simptom yang selalu dikaitkan dengan masalah maltnutrisi. Kebanyakan individu adalah kekurangan zat besi dalam diet mereka. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah). Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dalam kes-kes yang berat, malah boleh menjejaskan fungsi otak. Pencegahan kepada kekurangan zat besi memerlukan diet makanan yang lengkap termasuklah memperbanyakkan makanan yang kaya-zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, dan daging merah. Rawatan bagi kekurangan zat besi termasuklah pengambilan zat besi menerusi makanan yang diperkayakan serta suplemen zat besi.

Di Malaysia, sebagai contohnya Malayisa RDA telah menjalankan kajian dan mendapati keputusan yang memberi tanda amaran: Peratusan kanak-kanak yang disahkan signifikasi kurang berat badan, terbantut
dan terlebih masing-masing adalah 45.3%, 51.6%, dan 7.8%. Pengambilan pemakanan yang kurang
daripada 2/3 tahap RDA adalah kalori, kalsium dan zat besi. Namun, pengambilan protein, vitamin A,
vitamin C dan niasin adalah melebihi dari jumlah RDA dan kebanyakkan sumber bagi nutrien ini adalah nasi, ikan, dan sayuran hijau. Di dalam 5 jenis kumpulan makanan, hanya jumlah hidangan dari kumpulan bijirin/produk bijirin/ubi telah mencapai jumlah yang ditetapkan berbanding bagi kumpulan susu/produk tenusu. Majoriti kanak-kanak (68.7%) adalah kekurangan, 31.3% adalah mencukupi namun tiada yang unggul dalam kualiti diet mereka.


Berdasarkan keputusan kajian ini, adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat khasiat makanan yang mencukupi untuk mengelakkan dari berlakunya malnutrisi.

Rujukan: World Health Organisation.

 



                                          Kembali


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap