![]() |
|
|
|||||||||||
|
|
|
||||||||||||
|
|
|||||||||||||
|
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
||||||||||||
|
|
|
|
|
||||||||||
|
|
|||||||||||||
|
|
Makanan Ringan dan Kesihatan Si Kecil Makanan ringan atau snek merujuk kepada makanan atau Pada masa kini, risiko kemudaratan kesihatan seperti obesiti Faktor yang mempengaruhi pemakanan yang tidak sihat Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memilih dan menentukan jenis pemakanan kanak-kanak. Namun begitu, apabila si kecil telah bijak dalam memilih makanan, mereka pada kebiasannya akan menentukan sendiri jenis makanan yang mereka kehendaki. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan yang tidak sihat ini. Pertama ialah terdapat pelbagai pilihan makanan dirumah. Apa sahaja yang kanak-kanak mahukan terdapat di dalam rumah seperti ais-krim, kek, manisan, dan biskut berkrim. Sekiranya tidak dikawal jumlah pengambilan makanan yang manis ini, maka kanak-kanak akan lebih mudah terdedah kepada risiko penyakit berbahaya. Mungkin sebahagian ibu bapa berpendapat, dengan meletakkan pelbagai makanan ringan di rumah akan memudahkan anak-anak mereka mengambil sendiri makanan tersebut, namun tanpa adanya pengawalan jumlah makanan ringan ini boleh menyebabkan perkara yang tidak di ingini di kemudian hari. Kedua ialah faktor emosi. Kanak-kanak yang mengalami kemurungan akan sangat kurang atau lebih banyak makanan dari kebiasaannya. Untuk itu, kita perlu mengambil perhatian mengenai emosi kanak-kanak terutama ketika pengambilan makanan. Faktor ketiga adalah pengaruh. Tanpa kita sedari kanak-kanak akan mempengaruhi apa sahaja yang di lakukan oleh orang dewasa terutama ibu bapa. Sekiranya, ibu bapa tidak menunjukkan tabiat pemakanan yang baik, maka adalah tidak mustahil si kecil akan turut mempunyai tabiat pemakanan yang sama. Cara hidup zaman moden Menurut J. Bessinger dan T.Y. Brenner di dalam buku mereka bertajuk “Simple Food for Busy Families: The Whole Life Nutrition” menyatakan bahawa gaya hidup pada zaman moden kini telah mempengaruhi cara pemakanan sekeluarga. Di dalam buku tersebut turut menyatakan bahawa makanan ringan telah menjadi salah satu kaedah dalam membebaskan diri dari tekanan perasaan akibat cabaran hidup pada masa kini yang serba mencabar. Namun begitu, cara ini bukanlah merupakan satu penyelesaian sebaliknya menambahkan lagi tekanan dengan menjadikan ahli keluarga tersebut bertambah berat badan dan mudah jatuh sakit. Peranan ibu bapa Untuk itu amat penting sekali bagi setiap ibu bapa mendidik kanak-kanak mengenai pemakanan yang baik. Ajari mereka mengenai piramid makanan serta terangkan mengapa sesetengah makanan perlu diambil dalam kuantiti yang banyak manakala sebahagian yang lain perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajak si kecil agar bersama-sama menyediakan makanan dengan menggunakan menu sihat. Selain menyediakan makanan, ibu bapa boleh turut bercerita mengenai kebaikan setiap jenis makanan yang disediakan. Suasana ini turut dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara keluarga. Melalui aktiviti bersama ini, ibu bapa akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kegemaran anak-anaknya. Ini sekaligus dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan pelbagai makanan yang sihat namun masih tetap mengandungi jenis makanan kegemaran anak-anak. Rujukan: |
|
|
||||||||||
|
|
|
||||||||||||
|
|
|
||||||||||||
![]() |
|
||||||||||||
![]() |
|
||||||||||||
|
|
|
||||||||||||
![]() |
|
||||||||||||
|
|
|
||||||||||||
![]() |
|
||||||||||||
![]() |
|
||||||||||||
|
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
||||||||||||
|
|
|
||||||||||||
|
|
Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes | |
![]() |
|
||||||||||
![]() |
|
||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|