English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama


Makanan Beralkali untuk Kanak-kanak


Terdapat 2 jenis makanan yang utama: makanan berasid dan makanan beralkali. Contoh makanan berasid adalah seperti daging, ikan, udang, ayam. roti dan tepung. Manakala makanan beralkali adalah seperti sayuran, rumpai laut, buah-buahan dan juga telur putih.

Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya bahan makanan yang mengandungi asid adalah hasil makanan yang telah mengalami pencernaan makanan dan asimilasi . Contohnya buah lemon. Pada awalnya lemon mempunyai asid. Namun selepas proses pencernaan makanan ianya akan menghasilkan abu alkali. Hasil akhir ini amat merungsingkan kerana ianya boleh memberi kesan kepada badan kita.

Lebih dari sekadar isu lemon, perlu ditekankan di sini bahawa perkara ini hanya terjadi sekiranya buah tersebut dipetik ketika telah sedia masak. Sekiranya buah tersebut belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, maka buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan.

Secara fakta, ianya tidak hanya terjadi kepada lemon sahaja tetapi kepada buah-buahan lain seperti nenas, mangga, peach, dan epal. Pastikan anda membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.

Kembali kepada topik makanan berasid dan beralkali, jadi yang mana satukah yang kita patut makan? Sebetulnya, kedua-dua jenis makanan ini perlu diambil secara sederhana demi kesihatan yang baik. Menurut Dr. Ragnar Berg dari United States, ‘Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri dari 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali.

Sama ada badan anda beralkali atau berasid adalah bergantung kepada makanan yang anda ambil. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH7.3 ke 7.4). Adalah penting sekali bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang anda ambil agar anda dapat mencapai kesihatan yang seimbang iaitu 80% alkali dan 20% asid.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan untuk pelbagai penyakit yang lebih rendah berbanding pesakit lain yang mempunyai nilai kandungan asid yang lebih rendah di dalam urea mereka. Kajian juga telah di jalankan ke atas binatang. Binatang tersebut terdiri dari binatang beralkali dan berasid. Kedua-dua badan binatang ini kemudiannya disuntik dengan virus. Bintang yang mengandungi badan beralkali hanya mengalami sedikit kecederaan dan lebih cepat sembuh.  Binatang yang mempunyai badan berasid pula akan lebih cepat jatuh sakit dan seterusnya mati.

Kesimpulannya, badan beralkali adalah sistem pertahanan pertama melawan penyakit dan kematian. Badan yang mempunyai kandungan asid yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti serta mudah jatuh sakit dan seterusnya menjadi kepada penyebab kemerosotan sistem badan.

Jadi bagaimana badan kita mendapat kandungan asid ini? Apabila kita makan makanan yang mengandungi daging, telur, dan produk binatang yang lain dengan terlalu banyak, ini akan menyebabkan badan mempunyai nilai pH asid yang tinggi. Salah satu cara yang tercepat untuk memastikan bahawa pH badan kembali seimbang ialah dengan mengambil hidangan spirulina, alga biru-hijau yang juga dikenali sebagai makanan super kerana mempunyai makanan yang berketumpatan tinggi dengan nutrien. Makanan tambahan kesihatan ini juga mengandungi 100% alkali.

Oleh M. Aminuddin

 

Kembali 


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap