English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama


Ketahui Sumber Susu anda Sebelum
Membuat Pembelian

Saban hari kita di dedahkan dengan pelbagai berita mengenai
kandungan susu yang merbahaya buat kanak-kanak. Hal ini
amat menakutkan, kerana bagi setiap pembeli terutamannya
ibu bapa sudah pasti mereka berasa amat bimbang mengenai
perkara ini. Malahan ianya turut menyumbang kepada risiko
yang membahayakan kesihatan anak-anak mereka.

Untuk itu apakah perkara yang paling penting perlu di lakukan
demi mengelakkan dari terjadinya perkara yang tidak di ingini?
Sebenarnya, sebagai seorang pengguna terdapat beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian. Yang paling utama adalah mengetahui sumber susu anak anda. Jika dilihat pada pek pembungkusan susu terdapat pelbagai maklumat seperti negara asal bagi sumber susu tersebut. Sumber susu yang paling di percayai ialah dari Negara New Zealand. Hal ini kerana, pihak berkuasa di sana mempunyai peraturan yang ketat di mana hanya kandungan susu yang berkualiti sahaja yang layak untuk di pasarkan.

Sebagaimana yang kita semua ketahui sumber susu amat penting demi mendapatkan bahan yang paling berkualiti untuk kesihatan dan perkembangan si kecil. Oleh itu, isu melamin telah menyebabkan orang ramai semakin bimbang dalam membuat pilihan demi anak-anak mereka. Namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berusaha mengatasi hal ini dengan mengadakan pencegahan awal iaitu dengan mengadakan aktiviti pemantauan berterusan terhadap setiap produk makanan tempatan dan import termasuklah dari Negara China. Antara produk makanan tersebut adalah seperti susu, susu rumusan bayi, susu rumusan susulan bayi, ais krim, susu soya dan pelbagai lagi.

Tahukah anda apa itu Melamin?

Melamin adalah sejenis bahan organik yang sering digunakan di dalam pembuatan resin plastik serta bahan pembersihan. Sekiranya diambil di dalam pemakanan manusia maka akan menimbulkan kesan yang merbahaya. Antaranya:

1. Iritasi terhadap kulit dan mata sekiranya bersentuhan (secara langsung).
2. Kerosakan pada sistem pembiakan serta pembentukan batu karang pada pundi kencing dan ginjal.

Menerusi kenyataan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa simptom yang boleh berlaku kepada bayi yang mengalami keracunan melamin. Antaranya seperti:

1. Bayi menangis tanpa sebab terutama ketika kencing.
2. Mengalami kencing berdarah.
3. Kuantiti kencing yang sedikit atau langsung tidak kencing.
4. Keluar batu karang semasa kencing.
5. Mengalami tekanan darah tinggi, sembab dan kesakitan apabila terlanggar di bahagian ginjal.

Menurut World Health Organization (WHO), bahan organik melamin ditambah ke dalam susu untuk meningkatkan jumlah nitrogen di dalam susu tersebut. Hal ini kerana, bagi mengetahui jumlah protein yang terdapat di dalam susu tersebut, ujikaji untuk mengetahui jumlah nitrogen akan dijalankan. Dengan itu, pihak berkuasa akan terpedaya dengan menyangka bahawa nilai nitrogen tersebut adalah dari protein susu sedangkan yang sebenarnya adalah dari bahan organik melamin.

Untuk itu adalah amat penting sekali bagi setiap ibu bapa agar membuat pilihan yang tepat demi keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka. Sekiranya pengguna mengalami tanda-tanda kegagalan ginjal, maka mereka adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat mahu pun rawatan berkaitan.

Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. World Health Organization

                                          Kembali


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap