![]() |
![]() |
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
||||||||||||
|
|
Antara kepentingan lemak adalah sebagai sumber pengangkutan vitamin di dalam badan. Tahukah anda, bahawa antara vitamin yang larut dalam lemak adalah seperti A, D, E, dan K. Tanpa lemak, vitamin ini tidak akan mampu untuk dibawa ke dalam sistem badan. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal. Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega – 3 di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Namun hal ini dapat di tingkatkan dengan pengambilan makanan seperti:
Apa yang paling penting adalah setiap ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi memastikan mereka mendapat sumber khasiat yang seimbang demi perkembangan yang optimum. Rujukan:
|
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|
||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes | |
![]() |
|
|||||||||
![]() |
|
|||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|