English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap

Kepentingan Asid Folik
buat si kecil



Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh
kank-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna.
Asid folik adalah penting dalam pembinaan DNA di dalam setiap sel.
DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel berkenaan.

Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber
sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu.  Badan ‘World Health Organisation’ menerangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut
:

  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari

Makanan Seimbang

Amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan. Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza menghasilkan nutrient yang berbeza. Tidak ada satu makanan pun yang dapat memberikan kesemua nutrient makanan yang diperlukan.

Seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu bapa perlu mendidik anak mereka agar mengamalkan diet yang seimbang seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Menerusi piramid makanan adalah disyorkan agar.

  • Makan pelbagai jenis makanan
  • Makan dengan banyak bagi sesetengah hidangan seperti nasi dan roti (mengandungi kandungan karbohidrat)
  • Makan dengan sedikit bagi sesetengah hidangan seperti kek dan manisan (mengandungi kandungan lemak yang tinggi)
Tanda-tanda kekurangan asid folik

Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Keletihan
  • Muka pucat
  • Kelesuan badan (tidak bertenaga)
Kepada ibu-ibu

Asid folik juga terbukti dapat mengurangkan risiko kejadian tiub saraf cacat atau neural tube defect (keadaan saraf jantung bayi terdedah). Berdasarkan ‘World Helath Organization’ turut menyarankan agar para ibu mengambil jumlah asid folik seperti berikut:

  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari
Kesimpulannya, mengambil makanan yang seimbang dapat membantu badan dalam mendapatkan kesemua vitamin dan garam mineral yang diperlukan. Mengambilan nutrisi tambahan adalah tidak diperlukan melainkan telah mendapat nasihat daripada pakar perubatan.

 

Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Anakku Mahu Makan, Zuraini Mat Issa (2006)
Reader's Digest (Mac 2004)
FAO/WHO (2002). Folate and Folic Acid. In: Human Vitamin and Mineral Requirements Report of a Joint
FAO/WHO Expert Consultation FAO, Rome; p 53-63
 

                                                                     Kembali



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap