English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap


Kebaikan protien susu wei


Sekiranya anda merupakan ahli bina badan, sudah pasti anda pernah
mendengar mengenai ‘protein susu wei’. Namun bagi pengguna susu
yang umum, pasti akan tertanya-tanya mengenai apa yang dimaksudkan
dengan “protein susu wei”.

Susu mempunyai dua jenis protein iaitu kasein (80%) dan wei (20%).
Di antara kedua jenis protein ini, protein susu wei adalah lebih mudah
larut berbanding kasein. Badan manusia memerlukan protein dalam
pembinaan sel-sel baru serta membina otot dan tulang. Protein juga amat
penting di dalam pemprosesan badan terutama yang melibatkan metabolisma badan.

Kegunaan protein susu wei

Bayi yang dilahirkan pra-matang adalah sesuai untuk menggunakan susu yang mengandungi protein jenis ini. Ibu-ibu yang mengandung juga boleh menggunakan susu yang mengandungi protein ini untuk menambahkan kandungan protein di dalam badan.

Mereka yang mengalami kesan melecur akibat kebakaran serta yang selesai proses pembedahan juga di galakkan untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi protein jenis ini. Hal ini kerana, protein ini dapat membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka selain membantu penghasilan sel-sel baru.

Ahli sukan pula amat memerlukan protein jenis ini kerana kandungan asid amino yang tinggi. Selain itu, protein ini juga mengandungi komponen asid amino penting yang di kenali sebagai “Leusina”. Komponen ini dapat membantu dalam menghasilkan protein otot selain keupayaannya dalam pertumbuhan otot.

Apa yang paling penting adalah protein jenis ini adalah lebih cepat untuk diserap di dalam badan kerana cirri-cirinya yang larut serta mudah dicernakan.

Penghasilan protein susu wei

Demi memastikan penghasilan protein yang berkualiti, lembu-lembu ternakan telah dibiarkan bebas meragut di ladang yang mengandungi rumput yang bebas dari bahan kimia dan pestisid.Untuk itu, ternakan di kawasan ini turut dikenali sebagai “ternakan ragutan susu mentah”.

Selain itu, lembu – lembu ini juga tidak diberikan sebarang rawatan hormon, antibiotik ataupun “organisma ubah suai secara genetik” (Genetically modified organisms – GMO). Malahan ternakan ini juga tidak diberikan sebarang suntikan patogen atapun hiperimunisasi.

Apa yang paling menarik adalah susu yang dihasilkan oleh lembu ragutan rumput ini turut mengandungi kandungan CLA yang tinggi (lemak sihat yang membantu pembinaan otot dan pembakaran lemak)

Dalam pemprosesan pembentukan keju, protein susu wei adalah tidak diperlukan dan perlu disingkirkan. Namun dalam pemprosesan yogurt, protein wei adalah diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

Sebelum mendapatkan produk ini di pasaran, anda perlulah mendapatkan nasihat terlebih dahulu dari pihak doktor. Ini dapat membantu di dalam memastikan anda mendapatkan produk makanan yang bersesuaian dengan kesihatan badan anda.

Rujukan

  1. www.wheyoflie.org
  2. Yoghurt: science and technology, oleh A.Y.Tamime, Richard Kenneth Robinson (1999)



                                                                     Kembali



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap