![]() |
|
||||||||
![]() |
|
|
|||||||
|
|
|||||||||
|
|
|
||||||||
|
|
|||||||||
|
|
Susu penuh adalah kaya dengan kalsium, vitamin, mineral, enzim Kita dapat mengelakkan dari berlaku kerosakkan tulang pada kemudian hari. Untuk itu, kita perlu memastikan bahawa anak kita mendapatkan kalsium yang secukupnya di dalam diet mereka. Untuk itu, susu dan sumber tenusu seperti keju dan yogurt perlulah dinikmati pada setiap hari. Robert Steele (Pediatrik di St. John’s Children Hospital Springfield, Missouri) berkata bahawa diet seorang kanak-kanak mengandungi jumlah lemak lebih dari 30%. Untuk itu, jumlah lemak yang hadir di dalam diet kanak-kanak adalah bergantung kepada sumbernya sama ada dari susu atau dari makanan. Menurut ‘Healthy Eating Index’ (HEI) 2001, hanya 38% ke 39% kanak-kanak yang mematuhi jumlah lemak yang dicadangkan. Ini adalah isu yang membimbangkan kerana tabiat pemakanan yang tidak baik di kalangan anak kecil boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka yang mana ianya juga bertindak sebagai asas kepada tabiat pemakanan yang tidak baik apabila dewasa kelak. “Anak kecil memerlukan lebih banyak lemak di dalam diet mereka. Asid lemak perlu tidak dapat dihasilkan di dalam diet mereka. Bayi lebih terdedah kepada kekurangan asid lemak perlu ini” kata Sue Gilbert, seorang perunding nutrisi. Sue juga menasihatkan kepada setiap ibu bapa agar memberikan anak mereka 2-3 cawan susu. Sue turut menambah bahawa adalah tidak memeranjatkan bahawa kebanyakkan ibu bapa merasa bimbang anak mereka tidak mendapatkan makanan dengan secukupnya terutama sayur-sayuran. Walaupun nampak seperti mereka makan dengan jumlah yang sedikit, namun ingatlah dalam minda mereka, bahawa anak-anak mereka masih lagi kecil. Menerusi laporan ‘Infant and Young Children Feeding’ (World Health Organization, 2001), Dr. Graeme A. Clugston menyatakan bahawa pemakanan yang betul bagi bayi dan anak kecil adalah penting terutamanya untuk kemandirian manusia, pertumbuhan, perkembangan, kesihatan dan nutrisi. Di dunia terdapat 149 juta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun yang mengalami kekurangan zat makanan – ini menjadi tanda amaran bahawa pemakanan bayi dan kanak-kanak masih lagi berada pada tahap yang tidak memuaskan, kekurangan dan tidak selamat. Menurut Dr. Graeme, peranan tabiat makan yang baik kepada bayi dan anak kecil pada 2-3 tahun pertama adalah amat penting sekali, ini kerana jangka hayat pada tahap ini berada pada tempoh kritikal di mana organ bagi pertumbuhan, perkembangan dan metabolik mungkin akan merosot apabila tahap yang sepatutnya di lalui ini telah terlepas. Dr. Ellen Girerd-Barclay, (Penasihat Wilayah, Nutrisi dan Kesihatan, UNICEF) menambah bahawa tahun awal kelahiran si kecil adalah penting kerana perkembangan kehidupan pada masa ini menjadi asas kepada perkembangan manusia dan pembelajaran sepanjang hayat. Adalah diketahui bahawa nutrisi berkhasiat dan pengalaman akan mempengaruhi perkembangan otak, 40% kebolehan mental dewasa adalah dibina pada 3 tahun pertama si kecil. Di kalangan kanak-kanak, jumlah makanan yang betul membantu di dalam pertumbuhan yang utuh. Di dalam laporan ‘Towards Healthier Mother, Children and Families: a nutrition guide for community health workers’ (World Health Organization, 2002) menyatakan bahawa susu tanpa skim dan susu kondensasi/pekat adalah tidak bayi buat bayi. Ini kerana, susu tanpa skim adalah sejenis susu yang telah disingkirkan lemak darinya dan susu kondensasi/pekat pula mengandungi kandungan gula yang tinggi. World Health Organization (WHO) menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini menggalakkan tindakan segera sebelum terjadinya komplikasi, dan memudahkan untuk dirawati sekiranya berlaku pada peringkat awal. Di sini terdapat maklumat kepada ibu bapa dalam mengawasi pertumbuhan anak mereka:-. Kanak-kanak yang sihat:
Kanak-kanak yang mengalami masalah nutrisi
Susu penuh adalah sesuai sekiranya anda mempunyai anak yang cerewet makan yang mana tidak mempunyai cukup kandungan lemak dan kalori di dalam dietnya. Sila rujuk kepada pediatrik / jururawat berdaftar sekiranya anda berada di dalam situasi ini. Rujukan
|
|
|
||||||
|
|
![]() |
|
|||||||
|
|
|
||||||||
![]() |
|
||||||||
![]() |
|
||||||||
|
|
|
||||||||
Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes | |
![]() |
|
|||||||
|
|
|
||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|