 |
MADU KAMAHI
Deskripsi Produk
Ditemui dengan banyaknya di hutan asli, New Zealand. Bunga Kamahi
adalah sumber yang terbaik dalam menghasilkan madu. Ianya berbunga
dengan banyaknya sepanjang musim bunga, lalu menghasilkan madu
yang berwarna kekuningan dengan rasa yang sungguh unik. Rasanya,
yang sangat enak dan lembut adalah sangat sempurna untuk digunakan
di dalam masakan. Malahan, kebanyakkan Chef-chef di Eropah turut
menyediakan hidangan dengan menggunakan madu ini sebagai perasa.
Lebih dari sekadar penjagaan kulit!
Selesa di badan, tangkas terhadap bakteria
Madu adalah senang dihadam walaupun anda mempunyai perut yang
sensitif (dek kerana kandungan asid yang tinggi). Ini kerana molekul gula
yang terdapat di dalam madu boleh bertukar bentuk kepada gula yang lain (contohnya: fruktos kepada glukos). Dengan kehadiran air, madu dapat disebarkan ke dalam aliran darah dalam masa 7 minit. Ini adalah sumber antioksida yang baik dan dilaporkan memberi sumbangan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit jantung. Walaupun madu mempunyai kandungan gula yang tinggi namun ianya mengandungi kalori yang rendah, dimana madu menghasilkan 40% kurang kalori berbanding gula tablet. Oleh itu, sungguhpun ia memberikan sumber tenaga yang baik, namun ia tidak menambah berat secepat gula pasir. Madu juga memberikan tenaga bagi penghasilan darah yang mana merupakan perkara yang penting dalam tubuh manusia. Tambahan pula, madu turut membantu dalam membersihkan darah, ianya juga mempunyai kesan yang positif dalam pengawalan peredaran darah. Ianya turut berfungsi sebagai perlindung daripada masalah kapilari darah dan arteriosklerosis. Selain itu, madu juga tidak membantu dalam pembiakan bacteria. Madu mempunyai keupayaan “Bactericide” (Pembunuh bakteria) yang dinamakan “kesan perencatan”. Satu eksperimen yang telah dijalankan ke atas madu mendapati kebolehan “bactericide” meningkat dua kali ganda apabila dilarutkan dalam air.
Madu dan Sistem Pencernaan Kita
Dalam merawat cirit birit, madu dapat menyumbang kepada rehidrasi badan dan lebih cepat untuk melegakan masalah
cirit-birit, muntah dan senak perut. Terdapat dua ciri anti-bakteria di dalam madu iaitu peroksida dan anti peroksida. Ianya sangat berkesan dan terbukti melalui ujikaji makmal yang memberikan tindakbalas terhadap MRSA rantaian bakteria yang terkenal dengan rintangan terhadap antibiotik juga bertanggungjawab dalam penutupan wad hospital (bagi sesetengah kes). Madu juga boleh digunakan sebagai rawatan kepada ulser. Di Eropah, madu telah di gunakan untuk merawat ulser, seperti ulser perut. Terdapat juga pembuktian dimana madu yang telah dilarutkan di dalam air dapat membantu dalam masalah dehidrasi dan senak perut.
Madu dan Alergi
Sekurang-kurangnya separuh dari diet manusia yang datang secara langsung atau tidak langsung adalah dari hasil penuaian yang mana proses pendebungaannya dibantu oleh lebah. Pada hari ini, madu lebah merupakan antara sumber yang paling penting dalam ekonomi kesihatan pertanian. Madu juga membantu kepada mereka yang sensitif. Ini kerana lebah mengunakan debunga dari tumbuhan tempatan, sesetengah dari debunga tempatan ini juga digunakan dalam penghasilan madu. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan madu tempatan turut dapat menghalang dalam risiko alergi bermusim.
Madu dan Antioksida
Kajian santifik dari Universiti California, menunjukkan bahawa pengambilan madu dapat meningkatkan tahap antioksida. Menurut David, berdasarkan kajian ini, seramai 25 orang telah memaklumkan bahawa mereka telah mengambil di antara 4 ke 10 sudu madu ‘buckwheat’, mengikut kesesuaian berat badan mereka untuk setiap hari selama sebulan. Mereka juga boleh mengambil madu dalam pelbagai bentuk hidangan namun ianya tidak boleh dibakar mahupun dilarutkan ke dalam minuman teh. Kebanyakkan di antara mereka memilih untuk minum madu secara terus. Hasil dari pengambilan madu telah menunjukkan peningkatan dalam tahap antioksida di kalangan responden kajian ini. Antioksida mampu melawan radikal bebas, yang mana boleh merosakkan sel.
Jenis bunga dan lebah yang membantu dalam pendebungaan akan menentukan jenis warna dan rasa madu tersebut. Madu “Buckwheat” adalah dari pokok “Buckwheat”. Ianya berwarna gelap dan rasanya sedikit berbeza. Warnanya yang
lebih gelap dipercayai kerana mengandungi lebih antioksida. Kajian juga menunjukkan bahawa tiada peningkatan berat badan dikalangan responden setelah sebulan mereka mengambil pemakanan madu ini. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan dengan pengambilan madu pada sarapan pagi dapat membuatkan mereka merasa lebih kenyang.
Tambahan pula, penyelidik turut mencadangkan bahawa penyerapan kalsium turut dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan dalam jumlah pengambilan madu. Antara strategi utama adalah dalam mengurangkan dari terjadinya jisim tulang yang rendah (yang mendorong kepada osteoporosis) ialah dengan mengambil jumlah kalsium seperti yang dicadangkan dalam pemakanan seharian kita. Adalah penting untuk memastikan bahawa kalsium ini turut diserap oleh badan kita. Antara faktor yang mempengaruhi dalam penyerapan kalsium adalah pengambilan vitamin D dan gula yang terdapat di dalam madu.
Madu atau Gula?
Gula merupakan karbohidrat kristal yang telah diekstrak dari gula tebu dan bit gula. Ia adalah tanpa-nutrien dan tiada nilai kalori yang menyerap vitamin dan mineral dari badan. Gula boleh mendorong kepada ketagihan.Sirap berfruktosa tinggi telah disingkirkan dari Amerika Syarikat sekitar 1970an semasa negara itu membangunkan teknologi bagi memproses pemanis berkalori secara pukal. Ramuannya adalah alternatif kepada sukrosa dan kini telah digunakan secara meluas oleh pembuat minuman ringan seperti Coca-Cola dan PepsiCo. Minuman ringan menyumbang kepada 1/3 jumlah keseluruhan pengambilan gula seseorang. Seorang saintis di Amerika Syarikat turut berkata, bahawa terdapat penemuan kompaun kesihatan di dalam madu yang mampu menjadi pilihan yang lebih baik kepada para pembuat makanan yang pada masa ini masih menggunakan pemanis pukal seperti gula jagung tinggi fruktosa. Penemuan ini juga semakin mendapat perhatian di dalam trend makanan kesihatan.
Penyelidik dari Universiti Illonois di Urbana –Champaign berkata bahawa madu juga mempunyai faedah kesihatan alternatif berbanding sirap jagung kerana ianya mengandungi tahap antioksida yang lebih tinggi. Komponen ini juga dipercayai dapat melawan penyakit kanser, jantung dan lain-lain lagi. Madu juga turut mengandungi komponen antioksida yang bertindak sebagai pengawet. Madu turut menunjukkan keupayaan untuk menggantikan sesetengan sintetik antioksida yang banyak digunakan sebagai pengawet di dalam salad dan makanan lain.
Kembali
|
 |
 |