English Version
Halaman Utama Hubungi Kami Peta Laman



Adakah anda sedari?


Pernahkah anda sedari perjalanan sampah yang telah
anda buang sebaik sahaja anda campakkannya ke dalam
tong sampah. Majoriti dikalangan kita tidak memikirkan
mengenai cara terbaik untuk membuang sisa buangan
serta plastik yang menjadi isu yang besar pada masa ini.

Sisa kimia daripada perindustrian pertanian dan domestik
selalunya terbuang begitu sahaja lalu dibawa air hujan
dan diserap ke dalam tanah lalu dibawa kedalam sungai.
Air dari sungai ini merupakan sumber makanan/minuman kepada ternakan dan pertanian. Malahan
air ini juga akan turut digunakan sebagai sumber air di rumah kita. Kesimpulannya, ianya akan kembali ke dalam tubuh manusia. Ini memberi tanda amaran kepada kita bahawa sesetengah elemen daripada plastik beg yang dibuang akan kembali ke dalam badan.

Antara kesalahan besar yang telah kita lakukan kepada sungai adalah dengan membuang bahan pencemar
organik persisten yang turut dikenali sebagai POP. POP tidak dapat dikesan kerana ianya tidak mempunyai rasa
dan bau serta mudah larut. POP telah digunakan dengan banyaknya semasa perang dunia ke-2, dimana
sebanyak lebih 1000 bahan kimia sintetik telah diperkenalkan untuk penggunaan komersial. Bahan-bahan kimia
ini mempunyai pelbagai kegunaan didalam pengawalan penyakit dan perosak, penghasilan tanaman dan industri. Namun begitu, tanpa disedari bahan kimia ini juga memberi kesan kepada kesihatan manusia dan persekitaran.

Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara pendedahan Bahan Pencemar Persisten kepada
kemerosotan, jangkitan penyakit serta ketaknormalan di dalam jumlah spesis hidupan liar termasuklah
beberapa jenis ikan, burung dan mamalia. Hidupan liar juga boleh bertindak sebagai pengawal untuk kesihatan manusia: ketaknormalan atau kemerosotan dalam jumlah hidupan liar merupakan tanda amaran untuk para penduduk. Ketaknormalan pada kelakuan dan kecacatan kelahiran pada ikan, burung-burung, dan mamalia di sekitar Great Lakes sebagai contohnya, telah memimpin para saintis agar menyiasat mengenai pendedahan Bahan Pencemar Persisten terhadap manusia.

Bahan pencemar persisten turut memberi kesan kepada orang awam terutama dalam perkara seperti reproduktif, neurologi, endokrin, pembangunan, sikap, dan immunologi. Bahan Pencemar persisten telah
merebak kepada orang ramai melalui makanan tercemar. Namun terdapat juga kes-kes yang jarang berlaku
yang melibatkan pendedahan bahan pencemar persisten menerusi minuman dan hubungan secara langsung dengan bahan kimia tersebut. Bagi manusia dan mamalia yang lain, Bahan pencemar persisten boleh dipindahkan bayi melalui plasenta.

Maka, apakah jalan penyelesaiannya? Hal ini dapat diatasi dengan pengurangan jumlah POP di dalam badan;
namun ianya bukanlah mudah untuk menyingkirkannya. Kita terdedah kepada bahan kimia merbahaya dengan
dos yang rendah dalam kehidupan seharian kita. Namun, kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga untuk
memastikan bahawa sisa kumbahan kita di lupuskan dengan betul agar ianya tidak membawa kesan yang
merbahaya kepada kita.



Penggunaan POP telah diharamkan di Malaysia sejak lewat tahun 1990.

Rujukan: The United States Environmental Protection Agency



                                    Kembali



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap