English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama


Penghasilan Gas Dari Makanan

Pernahkah anda sedari mengapa si kecil mengalami masalah
kembung perut. Sekiranya si kecil mengalami masalah ini, dia
sudah pasti akan menangis dengan kuat serta tidak dapat tidur
dengan lena. Hal ini terjadi kerana terdapatnya pengumpulan
gas di dalam badan.

Bagaimana gas terjadi?

Setiap makanan dan minuman yang dihadam oleh manusia perlu
diproses kepada komponen yang lebih kecil. Komponen kecil ini
akan diproses dan ditukar kepada bentuk tenaga lalu dibawa
kepada setiap bahagian badan. Ini penting agar sistem badan dapat menggunakan tenaga ini untuk aktiviti-aktiviti manusia.

Namun begitu masih terdapat sesetengah komponen makanan yang tidak dapat diproses oleh badan kita. Ini adalah kerana sesetengah badan manusia tidak terdapat enzim yang membantu dalam proses pemecahan makanan ini. Sebagai contohnya, enzim lactase. (enzim lactase membantu didalam pemecahan lactose). Kekurangan enzim ini menyebabkan berlaku penghasilan dan pengumpulan gas di dalam badan.

Harus juga diingat bahawa komponen makanan yang tidak dapat diproses di dalam badan akan dibawa ke dalam kolon yang mana didiami oleh puluhan bakteria. Bakteria ini akan akan memproses komponen makanan tersebut yang mana turut dikenali sebagai proses fermentasi. Melalui fermentasi ini, gas akan turut dihasilkan.

Jenis makanan yang menghasilkan gas

Antara makanan yang menghasilkan gas adalah seperti :

a. Susu dan produk tenusu
b. Minuman berkarbohidrat
c. Buah-buahan seperti pisang, epal dan aprikot
d. Sayur-sayuran seperti brokoli, jagung, lobak dan saderi
e. Makanan berkanji seperti kentang dan pasta

Sungguhpun begitu, setiap badan manusia mempunyai interaksi yang berbeza dengan makanan –makanan di atas. (Harus diingat makanan seperti gula-gula getah dan merokok turut menggalakkan pertambahan gas di dalam badan)

Cara untuk mengatasi masalah ini

a. Pastikan si kecil sendawa sebaik selepas minum susu.
b. Jangan terlalu kerap mengagkat si kecil sekiranya si kecil menangis atau merengek.
c. Amalkan teknik penyusuan yang betul.
d. Pastikan saiz puting susu adalah sesuai dengan mulut si kecil.

Sekiranya si kecil mengalami masalah kembung perut dan disertai dengan muntah mahupun demam, maka ibu bapa perlu segera mendapatkan nasihat doktor.

Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia.



                                          Kembali


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap