Melawan Kepanasan Global -
tanggungjawab bersama
Dunia memberikan reaksi yang jitu terhadap persidangan iklim Copenhagen, meluahkan
kekecewaan dan memberi komen bahawa ianya gagal. Pada dasarnya persidangan ini
dianggap gagal kerana pada akhir 193 – Kemuncak UN Nation di Copenhagen, Denmark,
tiada kesepakatan dalam memerangi pemanasan global, pergerakan yang diketuai oleh
Amerika syarikat dan China yang juga merupakan dua negara teratas dunia yang merupakan
pengeluar gas rumah hijau.
Dikatakan bahawa rundingan tersebut telah dijalankan dengan cara yang salah dan para
pemimpin dunia dituduh bahawa mereka hanya mengadakan perjanjian penjimatan. Apa
yang sepatutnya berlaku adalah Amerika Syarikat menyertai Kyoto protokol dan menguasainya.
Seterusnya memberikan jawapan kepada dunia secara telus. Bagi UNFCC, Kyoto protokol
merupakan perjanjian antarabangsa berkenaan ancaman iklim antarabangsa. Perjanjian ini mengatakan bahawa kesemua negara yang telah menandatangani perlu mengehadkan pengeluaran gas ke atmospera. Objektif utamanya, adalah untuk menstabilkan kepekatan gas rumah hijau di atmospera pada aras yang dapat mengelakkkan dari berlaku perubahan iklim yang merbahaya. Malaysia adalah salah sebuah negara yang berpihak kepada UNFCCC.
Persetujuan yang diadakan pada hari Sabtu, 19hb Desember telah berhenti lebih jauh dari sokongan yang sepatutnya pada pelan ini. Yang mana menetapkan bahawa sasaran bagi mengehadkan pemanasan global adalah kepada maksimum peningkatan 2 darjah celcius bagi masa pra-industri. Pelan ini tidak menetapkan bahawa pemotongan gas rumah hijau perlu mencapai 2 darjah celcius yang dipandang sebagai tahap ambang kepada perubahan yang lebih merbahaya seperti banjir, kemarau, lumpur, ribut pasir, serta lambungan ombak tinggi.
Walaupun adalah lebih mudah untuk mengkritik semasa perundingan tidak berjaya – namun perbincangan dan resolusi ini adalah amat tinggi di kalangan bangsa-bangsa. Pada akarnya (asas) setiap komuniti bermula daripada individu. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu mengambil langkah dalam mengurangkan kesan karbon. Secara kolektifnya, kita mampu melakukan perubahan. Mendidik si kecil dan generasi seterusnya tentang bagaimana mengurangkaan kesan karbon adalah sangat penting, untuk itu mereka akan dapat memelihara dan seterusnya melindungi bumi selama yang boleh. Kita sebagai setiap individu pasti dapat melakukan perubahan ini.
Mari kita menyertai hari ini – di sini terdapat 10 kaedah mudah yang dapat membantu dalam menurunkan kesan karbon:-
1. Mengurangkan, Menggunakan kembali dan mengitar semula
Pilihlah barangan yang boleh digunakan semula berbanding yang dipakai buang. Cuba dan belilah produk yang mempunyai pembungkusan yang minimal atau pek guna semula yang dapat membantu mengurangkan pembaziran. Tanamkan tabiat mengitar semula kertas, plastik, surat khabar, gelas dan tin aluminium. Sebagai ibu bapa, mungkin kita dapat mengambil peranan kecil seperti menggunakan kain tuala napkin berbanding pakai buang. Ini mungkin agak sukar pada awalnya, namun tidak salah untuk mencubanya walaupun hanya sekali. Memang benar, bahawa penggunaan pakai buang amat mudah, namun kita boleh menggunakannya ketika keluar berjalan-jalan atau pada waktu malam sahaja. Semasa di rumah terutama waktu siang kita boleh menggunakan napkin guna-semula. Dengan mengitar semula separuh dari barangan keperluan rumah. Kita dapat menjimatkan sebanyak 2,400 paun karbon dioksida setahun.
Kini, kebanyakkan pasar raya menggalakkan pembelian dengan menggunakan beg guna-semula milik persendirian, berbanding beg pakai buang. Ianya dapat menjimatkan tenaga dan pembaziran berbanding penggunaan beg pakai buang di setiap kedai. Hasil sisa pembuangan bukan sahaja membebaskan karbon dioksida dan metana kepada atmosfera, malahan ianya juga akan mencemarkan udara, tanah dan air di dalam tanah.
2. Kurangkan penggunaan penyaman udara
Saya tahu, adalah sukar bagi kita untuk menghadapi cuasa yang panas, namun adalah sebaik mungkin untuk mencuba mengurangkan penggunaan penyaman udara dan mengekalkan suhu pada kadar sederhana. Tidak terlalu sejuk, iaitu dengan menetapkan thermostat anda kepada 2 darjah celcius lebih tinggi akan dapat menyelamatkan 2,000 paun karbon dioksida pada setiap tahun.
3. Menukar lampu mentol
Jika boleh, tukar lampu mentol yang biasa kepada mentol compact fluorescent light (CFL). CFL juga adalah tahan 10 kali lebih lama berbanding mentol pijar. Jika digunakannya ianya akan mengambil kurang dua per tiga tenaga, dan memberikan 70 peratus kurang haba. Kajian di Amerika Syarikat mencadangkan bahawa setiap keluarga di Amerika Syarikat menukar sebiji mentol pijar biasa dengan sebiji mentol CFL, ianya dapat menyingkirkan 90 bilion paun kesan gas rumah hijau, iaitu bersamaan dengan 7.5 juta kereta di atas jalan raya.
4. Kurangkan memandu serta memandu dengan selamat
Kurang memandu akan dapat mengurangkan pembebasan gas. Selain menjimatkan petrol, berjalan serta berbasikal merupakan sejenis senaman yang baik. Cubalah untuk menggunakan pengangkutan awal (Contohnya Keretapi (KTM), LRT, Komuter & bas) serta menggunakan peluang dengan berkongsi kenderaan ketika ke tempat kerja atau sekolah. Sentiasa pastikan kereta anda dapat bergerak dengan lancar. Pastikan tayar anda telah dipam dengan baik kerana ianya akan dapat membaiki perjalanan gas anda sebanyak 3 peratus. Memandulah dengan kelajuan yang tetap, elakkan dari memberhentikan kenderaan secara mendesak dan melakukan pemecutan. Setiap jumlah liter petrol anda akan dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan anda, ianya juga akan dapat memastikan bahawa hanya 20 paun karbon dioksida yang dibebaskan ke udara. Selain memastikan atmosphera kita bersih, kita juga dapat berusaha agar kekal sihat.
5. Membeli produk jimat tenaga
Pertimbangkan kereta baru yang mempunyai perjalanan gas yang lebih baik. Lihat pula barangan peralatan rumah yang menyediakan model jimat-tenaga serta mentol floresen yang kompak di mana membantu memberikan pencahayaan semulajadi walaupun menggunakan tenaga jauh lebih rendah daripada mentol lambu biasa. Sebagai contoh, kini terdapat di pasaran kereta yang menggunakan petrol dan gas semulajadi. Gas semulajadi mempunyai kos yang lebih rendah daripada petrol selain hanya membebaskan sedikit gas.
6. Kurangkan penggunaan air panas
Mulakan dengan menggunakan air sejuk ketika mandi. Ianya tidaklah terlalu teruk, malahan ianya membantu keanjalan kulit anda. Beli kepala semburan yang mempunyai aluran rendah serta menjimatkan air panas. Ianya juga dapat menjimatkan 350 paun karbon dioksida setahun. Cuci pakaian anda di dalam air yang suam dan sejuk bagi mengurangkan penggunaan tenaga yang dihasilkan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan set jimat-tenaga pada mesin basuh pinggan mangkuk anda dan biarkan ianya kering dengan menggunakan udara. Perubahan ini sahaja mampu menjimatkan sebanyak 500 paun karbon dioksida dalam setahun bagi kebanyakkan rumah.
7. Menutup suis
Jimatkan elektrik dan kurangkan pemanasan global dengan menutup alatan elektrik apabila anda tidak menggunakannya ataupun sekiranya kelengkapan berkenaan berada dalam keadaan ‘Siap sedia’
8. Menanam pokok
Mulakan dengan menanam! Pokok dan tanaman lain menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Sebatang pokok dapat menyerap 1 tan karbon dioksida sepanjang hayatnya. Dahan pokok juga memberikan kesan redup dan nyaman di mana turut dapat menjimatkan bil penyaman udara anda sebanyak 10 ke 15%. Tidak lain ianya memberikan banyak keuntungan kepada anda.
9. Tukar kepada kuasa hijau
Di kebanyakkan kawasan, anda dapat menukar tenaga yang dihasilkan dari sumber yang bersih, boleh diperbaharui seperti angin dan solar. Malahan, anda juga dapat bayaran balik dari pihak kerajaan sekiranya anda menukar kepada penghasilan tenaga yang bersih ini. Malahan anda juga dapat menjana kewangan dengan menjual tenaga yang anda hasilkan sungguhpun anda tidak menggunakan untuk diri anda sendiri. Kita mungkin belum berada di peringkat di mana kita menghasilkan tenaga kita sendiri, namun ianya merupakan eksperimen yang berharga.
10. Menggalakkan orang lain untuk memulihara
Berkongsi maklumat mengenai kitar semula dan memulihara tenaga bersama anak anda, rakan-rakan, jiran tetangga serta rakan sekerja. Anda juga boleh mengambil peluang ini untuk menggalakkan pihak berkuasa awam untuk mewujudkan program dan polosi yang baik untuk alam sekitar.
11. Mengajar si kecil
Kita juga boleh mengajar si kecil untuk menyemai tabiat yang baik berkenaan hijaunya dunia. Adalah baik bagi mereka untuk mengambil peranan secara proaktif dari awal. Hanya dengan cara itu, mereka dapat mewarisi dunia yang lebih baik demi masa depan untuk generasi seterusnya.
*Rujukan -
http://globalwarming-facts.info/50-tips.html,
http://environment.about.com/od/globalwarming/tp/globalwarmtips.htm
FTP/SS/HGL
Disumbangkan oleh,
NURAL
BACK
|