 |

1. Adakah kesemua tambahan vitamin dan mineral akan dapat menjadikan anak saya lebih pintar atau adakah ini taktik pemasaran semata-mata?
Setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi seorang yang pintar. Kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen ini diperlukan oleh otak untuk berkembang sepenuhnya. Ini adalah faktor bagi kami memasukkannya ke dalam susu untuk membantu meningkatkan perkembangan semulajadi anak anda.
2. Berapakah jumlah kalsium yang diperlukan oleh anak saya dalam sehari?
Sumber yang terbaik bagi kalsium adalah susu dan produk tenusu. Anak-anak memerlukan 2-3 gelas susu atau yang sama nilainya dalam sehari. Manakala, anak-anak berumur 4-6 tahun memerlukan 3 gelas ke atas dalam sehari, iaitu mengikut jumlah tenaga yang mereka gunakan.
3. Produk ini masih baru di pasaran, bagaimana untuk saya mempercayai jenama ini serta mengetahui sama ada ianya bagus untuk anak saya?
Susu New Zealand telah berada di pasaran sejak dahulu lagi. Negara ini dikenali kerana mempunyai kualiti yang dipercayai bagi setiap produk yang dihasilkan. Ini kerana faktor alam semulajadinya yang indah termasuklah standard kawalan kualiti yang tinggi. Kini kami mempunyai peluang untuk membawakan produk ini kepada anda bagi perkembangan anak-anak kita di Malaysia.
4. Bukankah semua susu tepung adalah sama? Apakah kelainan yang terdapat pada NUGROW?
Pada dasarnya, setiap susu tepung perlu mematuhi garis panduan pihak kerajaan yang ketat serta memenuhi keperluan nutrisi anak kita; bagaimanapun seringkali punca sumber susu adalah tidak jelas. Berlainan dengan NUGROW dimana kami memiliki ternakan lembu kami sendiri, ladang penternakan dan kilang pemprosesan dimana kesemuanya terletak di kawasan yang mempunyai alamsemulajadi yang indah di New Zealand, oleh itu anda dijamin untuk mendapatkan kualiti terbaik dari awal hingga akhir.
5. Bagaimana untuk saya memastikan bahawa si kecil mendapat nutritsi yang optimum dari dietnya, ini kerana saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan susu yang sering digunakan untuknya?
Saya memahami bahawa amat sukar buat anda untuk mendapatkan produk susu yang digunakan oleh si kecil pada masa kini. Namun, ini tidak bermakna bahawa si kecil perlu berhenti dari minum susu. Sebaliknya, anda perlu mencari susu alternatif lain yang hampir kepada susu semulajadi.
6. Saya risau dalam menukarkan susu si kecil kepada jenama yang lain. Bagaimana untuk saya melakukannya?
Anda tidak perlu berasa risau kerana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pediatrik mahupun doktor keluarga anda mengenai transisi kepada susu formula baru. Namun, terdapat “langkah mudah” yang boleh anda lakukan untuk memudahkan transisi kepada produk susu yang baru:
Hari 1 hingga Hari 3
• Teruskan penggunaan susu formula lama (Jenama A) bagi minuman yang pertama ,kedua dan keempat.
• Gunakan susu formula jenama baru (Jenama B) bagi minuman kali ketiga
Hari ke – 4 hingga hari ke – 6
• Teruskan penggunaan susu formula lama (Jenama A) bagi minuman yang pertama , dan keempat.
• Gunakan susu formula baru (Jenama B) bagi minuman kali kedua dan ketiga
Hari ke – 7 hingga hari ke – 10
• Teruskan penggunaan susu formula lama (Jenama A) bagi minuman yang pertama sahaja.
• Gunakan susu formula baru (Jenama B) bagi minuman kali kedua, ketiga dan keempat
Hari ke – 11 hingga hari ke – 14
• Anak anda sudah boleh menyesuaikan diri sepenuhnya dengan susu formula baru (Jenama B). Sekiranya terdapat sebarang masalah atau halangan maka sila dapatkan khidmat rundingan dari pihak pediatrik ataupun doktor keluarga anda.
7. Apakah nasihat terbaik yang dapat diberikan untuk memastikan si kecil membesar dengan sihat?
Amat penting untuk anda memastikan si kecil mendapat “susu penuh” dari diet utamanya sejak awal usia lagi terutama kanak-kanak yang berusia di bawah 3 tahun. Anda perlu berusaha untuk menambah makanan semulajadi lain yang berkhasiat untuk memastikan perkembangan pembesaran mereka yang optimum. (Untuk maklumat lanjut, sila layari maklumat nutrisi buat si kecil di halaman web kami melalui link http://www.nural.com.my/ENG/nutrition_front.html)
Kembali |
 |
 |