 |
Adakah anda memikirkan impak yang akan berlaku
apabila bateri dibuang ke dalam tong sampah?
Di dalam beberapa dekad ini terdapat pertumbuhan yang dramatik
di dalam jumlah dan kepelbagaian produk elektrik dan elektornik yang
menggunakan bateri. Kebanyakan rumah mengandungi peralatan yang
bergantung kepada bateri untuk beroperasi, contohnya jam loceng, alat
permainan, telefon bimbit, komputer, jam tangan, lampu suluh, alat
kelengkapan kuasa, radio dan berus gigi elektronik
Walaupun bateri terbuang secara relatifnya adalah dalam bilangan yang kecil berbanding jumlah barangan terbuang yang lain, ianya mengandungi toksik logam berat seperti merkuri, timah, dan kadmium. Jumlah logam berat ini adalah berbeza dari satu bateri kepada satu bateri dan sesetengan bateri adalah diproses tanpa tambahan logam berat ini. Jika bateri yang mengandungi logam berat ini dilupuskan tanpa kaedah yang sebenarnya, logam ini akan mengalir keluar dan mencemarkan tanah dan air bawah tanah, serta membahayakan manusia dan hidupan liar.
Pendedahan yang lama terhadap kadmium, juga dikenali sebagai karsinogen yang boleh menyebabkan kanser pada hati dan peparu. Merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak manusia, sistem tulang belakang, buah pinggang dan juga hati. Asid sulfurik di dalam asid timah bateri boleh menyebabkan kulit terbakar atau alahan kulit yang teruk sekiranya terdedah pada kulit. Pengguna boleh membantu dalam melindungi diri mereka dan juga persekitaran dengan melupuskannya dengan kaedah yang betul bagi setiap jenis bateri. Gunakan bateri yang boleh dicaj semula serta pengecas bateri berbanding bateri pakai buang. Bukan sahaja ianya lebih mesra alam malah, ianya membantu menjimatkan tenaga kerana menurut Organisasi Wastewatch UK; tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan bateri adalah secara puratanya 50 kali lebih besar daripada tenaga yang dihasilkan.
- Jika anda perlu menggunakan bateri pakai buang, pilihlah jenama yang mempunyai jangka hayat yang panjang, dan juga yang mengandungi kandungi merkuri yang rendah atau bateri yang tidak mempunyai kandungan merkuri.
- Anda juga boleh mengambil bahagian dalam skim pengumpulan bateri anjuran pihak penguasaha tempatan. Jika penguasaha tempatan tidak menyediakan skim ini, anda boleh mengenalpasti sekiranya terdapat perancangan program skim ini di masa hadapan.
- Menggunakan bateri yang dicaj semula dapat menurunkan bilangan bateri yang perlu dilupuskan, tetapi 80% mengandungi nikel kadmium yang dikenali sebagai karsinogen, untuk itu ia perlu dilupuskan dengan kaedah yang selamat.
Antara penggunaan bateri yang terbesar adalah melalui telefon bimbit. Beribu telefon selular telah digantikan dengan model yang baru mengikut dasar langganan. Telefon bimbit mengandungi kandungan toksik seperti litium, kadmium, nikel, timah dan logam hidrat yang boleh mencemarkan bumi jika tidak dilupuskan dengan betul. Bateri-bateri ini, tidak boleh dilupuskan dengan membuangnya begitu sahaja bersama-sama sampah sarap dari barangan rumah,hal ini kerana bahan kimia ini dapat meresap ke dalam sungai dan seterusnya ke dalam lautan.
Dengan mengitar semula bateri telefon bimbit anda, anda sebenarnya membantu dalam mencipta persekitaran yang lebih bersih dan selamat. Tambahan pula, sisa toksik tidak dapat dibakar. Pada masa ini, terdapat beberapa syarikat di Malaysia yang berusaha sebaik mungkin dalam mempromosikan kitar semula bateri telefon bimbit terpakai. Syarikat telefon bimbit juga menyediakan bekas tong yang lutcahaya di premis mereka. Jabatan alam sekitar di setiap negeri juga menyediakan tong khas di kawasan awam seperti kompleks membeli-belah untuk menggalakkan orang awam mengitar semula bateri lama mereka.
Alam Flora Sdn Bhd dan Kualiti Alam Sdn Bhd boleh mengumpul bateri ini. Mereka telah dihantar ke Korea, Taiwan, dan Prancis untuk program kitar semula, memandangkan Malaysia pada masa ini tidak mempunyai teknologi untuk mengitar semula bateri.
Rujukan: www.kpkt.gov.my/kitarsemula/AlamFlora.asp, www.wasteonline.org.uk
Kembali |
 |
 |