Profail Syarikat

Nutritek adalah sebuah syarikat global yang membangun secara pesat dan
bergabung tenaga dari sumber yang dipercayai daripada Rusia, Eropah,
New Zealand, China dan negara - negara Asia yang lain.

NURAL adalah jenama kami. Nama yang menghubungkan anda dengan khasiat
susu sebenar dan disokong penuh oleh para pakar. Kami membawakan kepada
anda dari New Zealand sumber alam yang yang indah dan terpelihara.

Sumber susu kami adalah dari ladang yang terletak di South Canterbury Plains, New Zealand yang majoritinya dimiliki oleh New Zealand Dairies Ltd. Terletak 7 km daripada Waimate, kilang ini dikelilingi oleh kawasan ragutan dan ladang ternakan yang luas.

South Canterbury Plains merupakan sebuah kawasan lapang yang berlatarbelakangkan air pergunungan dari Southern Alps serta dipenuhi rumpun yang menghijau. Di sinilah terletaknya Zon Susu Ekslusif kami. Ternakan kami bebas meragut rumput dikawasan padang yang menghijau dan sarat dengan kebaikan lalu menghasilkan susu yang penuh khasiat buat anak-anak generasi masa hadapaan.

Madu yang terdapat di dalam produk ini adalah berasal dari New Zealand. Madu Kamahi adalah daripada pokok Kamahi yang khasiatnya telah diketahui sejak turun-temurun oleh penduduk asli New Zealand iaitu kaum Mouri. Kilang kami yang terletak di Studholme, New Zealand mempunyai teknologi terkini dan mencapai kawalan kualiti makanan serta standard kebersihan yang ditetapkan oleh pakar kami.

Kami bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat demi menyumbang kepada masyarakat dan komuniti terutama di dalam pembangunan dan kebajikan anak-anak di Malaysia.
Di Nutritek, kami percaya kepada produk kami dan alam sekitar yang baik. Kami juga percaya bahawa kebersihan alam sekitar dapat membantu dalam perkembangan mental dan emosi anak-anak kita.


NURAL – Susu terbaik New Zealand.


   Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |