 |
PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK DAN KHASIAT NUTRISI
Kepentingan Susu terhadap kanak-kanak
Kanak-kanak memerlukan susu sejak dari usia yang kecil lagi. Susu mempunyai
khasiat nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak anak-anak.
Kalsium merupakan mineral yang paling penting yang diperoleh daripada susu.
Kalsium adalah merupakan antara sumber yang penting untuk kanak-kanak dan
paling mudah diserap kedalam badan mereka. Kalsium diperlukan untuk
pembesaran serta menguatkan tulang dan gigi.
Selain daripada susu, kalsium juga boleh diperolehi daripada sumber lain seperti
ikan (sardin, ikan bilis), keju, yogurt, tauhu, kekacang dan sayuran hijau. Ibu bapa
perlu mempelbagaikan jenis makanan bagi memastikan anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Kajian menunjukkan setiap makanan mempunyai khasiat nutrisi yang berbeza. Tiada sejenis makanan yang mempunyai kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti harian.
Selain kalsium, susu juga mengandungi mineral dan vitamin lain seperti vitamin A, vitamin B, (Riboflavin, Niacin, B6 dan B12), vitamin C, Zink, Fosforus dan Magnesium. Selain itu, susu juga mempunyai protein yang diperlukan badan untuk membina, memelihara dan membaiki tisu yang rosak. Protein juga diperlukan untuk membina sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen ke seluruh anggota badan kita.
Di dalam badan kita, protein dipecahkan kepada komponen yang ringkas, dikenali sebagai asid amino. Terdapat 22 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan manusia. Daripada 22 jenis asid amino ini, sebanyak 13 asid amino adalah dihasilkan oleh badan kita, sementara 9 jenis asid amino adalah diperlukan daripada makanan yang kaya protein. Protein di dalam susu merupakan sejenis protein yang kompleks. Ini kerana protein ini mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Kita memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti dan karbohidrat membantu kita untuk memperoleh tenaga yang diperlukan, Karbohidrat di dalam susu merupakan komponen yang ringkas dan mudah untuk dihadam oleh badan manusia.
Lemak adalah komponen penting dalam keperluan diet yang sihat. Kanak-kanak memerlukan kuantiti tertentu untuk membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Selain daripada itu, lemak juga membantu dalam menyerap sesetengah vitamin seperti vitamin B dan C. Lemak juga merupakan komponen utama bagi hormon, menyelaputi sistem saraf di dalam badan kita.
Ketika kanak-kanak membesar, otak mereka juga akan berkembang dengan cepat. Sel-sel otak adalah terdiri daripada lemak perlu. Di pasaran sekarang, kebanyakkan susu mengandungi Omega 3 dan 6 yang membantu dalam perkembangan otak anak kita. Dengan perkembangan otak yang baik, sel-sel otak akan dapat berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain dan ini membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran mereka. Susu yang penuh khasiat ini adalah mudah disediakan dan boleh di minum pada bila – bila masa. Oleh itu, anak-anak anda perlu digalakkan untuk meminum susu agar mendapat khasiat yang mereka perlukan.
Kembali
|
|
 |