English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap


SMART IMMUNE– Anak anda berhak
untuk mendapatkan yang terbaik


Di dunia ini terdapat pelbagai banyak pilihan. Malahan kita seringkali rambang mata
dalam membuat pilihan. Namun begitu, sebagai ibu bapa kepada anak kecil kita perlu
membuat pilihan yang terbaik buat anak-anak kita. Ini kerana, setiap pilihan yang kita
buat akan menjamin masa depan yang cerah buat mereka.

Pemakanan si kecil

Menjaga pemakanan si kecil dari awal adalah penting demi menjaga perkembangan
dan pertumbesarannya. Apa yang paling penting adalah mengambil makanan yang
seimbang serta kaya dengan pelbagai nutrien seperti yang disyorkan oleh Piramid Makanan Malaysia yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan, Malaysia. Piramid Makanan Malaysia membantu dalam penyediaan makanan sihat.


Sumber: www.infosihat.gov.my

Antara tips yang turut diberikan ialah:

  1. Berikan anak anda makanan diantara 8-12 hidangan bagi kumpulan makanan ubi dan bijirin.
  2. Kumpulan makanan ubi dan bijirin turut mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama kepada badan.
  3. Sertakan makanan dari kumpulan buah-buahan dan sayuran  di antara 3 -5 hidangan.
  4. Ibu bapa boleh mengunakan kreativiti mereka yang tersendiri dalam menyediakan makanan menarik dengan menggunakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni.
  5. Kumpulan makanan yang terdiri dari ikan, ayam dan daging perlu diambil sekurang-kurangnya 2-3 hidangan. Kumpulan makanan ini adalah kaya dengan khasiat protein yang membantu dalam pembinaan sel-sel badan.
  6. Susu dan produk tenusu adalah disyorkan agar mengambil sebanyak 1-2 hidangan. Anak – anak memerlukan khasiat kalsium di dalam kumpulan makanan ini untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
  7. Kumpulan yang berada di tangga teratas iaitu garam, lemak dan minyak perlulah di ambil di dalam kuantiti yang sedikit.
  8. Amalan pemakanan yang sihat mampu membantu anak anda dalam menguatkan sisitem imun badan mereka serta membina badan yang sihat dan cergas

Bermula dari awal

Sistem imun perlu dibina dari awal. Sistem ini penting dalam menjaga pertahanan badan dari pelbagai penyakit. Selain pemakanan yang sihat, ibu –bapa juga perlu mengikuti program imunisasi yang telah di atur oleh pihak kesihatan Malaysia. Selain itu juga ibu bapa perlu mengawasi gerak-geri serta persekitaran anak mereka agar imun dari gejala negatif yang tidak sihat.

Ibu – bapa yang bijak akan berusaha hanya yang  terbaik buat anak – anak mereka. Di dalam buku panduan ‘Pemakanan Kanak-kanak 1- 6 tahun’, turut disertakan beberapa tips bijak buat ibu bapa di Malaysia. Antaranya:

  1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan
  2. Elakkan memberi makanan ringan waktu hampir menikmati makanan
  3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak memakannya
  4. Beri peluang anak menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam dan perasa
  5. Timbang berat badan anak pada setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya supaya tidak mengalami obesiti.

Rujukan:
www.infosihat.gov.my
Buku panduan  ‘Pemakanan Kanak-kanak 1- 6 tahun’, Kementerian Kesihatan Malaysia



                                                                     KEMBALI



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap