Sekapur Sirih NUTRITEK Group
Nutritek Group mempunyai pengalaman serta kepakaran selama 18 tahun di dalam industri bayi dan
nutrisi makanan di Rusia dan CIS. Merupakan salah sebuah pengeluar yang terbesar di Negara serta
berkembang dengan pesat di samping berperanan sebagai pemimpin di dalam industri ini.

Nutritek Group ditubuhkan pada 1990, ianya merupakan anak syarikat milik Nutrinvestholding, yang
disenaraikan sebagai syarikat awam di Rusia. Kini, syarikat Nutritek telah memasarkan sebanyak 14
pengeluaran dan kemudahan pertanian di Rusia, Ukraine, dan Estonia yang mana turut ,mengeluarkan
produk makanan bayi serta tenusu. Baru-baru ini, kami bersama rakan kongsi New Zealand Dairies Ltd
telah menubuhkan sebuah kilang di New Zealand. Kilang tersebut, terletak di Studholme, dan
mengeluarkan tepung susu yang dieksport kepada para pelanggan kami di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Mengenai Nutritek Group
Nutritek Group bermula sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan pada tahun 1990, dan
seterusnya mengeluarkan produk makanan bayi. Pada tahun 2006, syarikat ini telah menjadi diantara
pengeluar terbesar Negara dalam menghasilkan produk makanan bayi dan ketiga terbesar di Russia
mengikut pendapatan. Malahan, Nutritek Group juga merupakan pembekal tenusu terbesar Negara Rusia
pada tahun 2006.

Beribu pejabat di Moscow, Nutritek Group telah beroperasi dengan 14 buah kemudahan pengeluaran di
Rusia, Estonia dan Ukraine. Jumlah kapasiti pemprosesan adalah melebihi 2,900 tan susu mentah setiap
hari. Kilang Istra adalah merupakan kilang terbesar dan yang paling moden dalam penghasilan makanan
bayi di Eropah Timur dan juga merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan bagi Nutritek Group.

Pusat penyelidikan dan pembangunan kami menempatkan pasukan seramai 50 orang pekerja yang mana
setiap diantara mereka dipertanggungjawabkan untuk menyelidik dan membangunkan makanan bayi yang
baru serta produk tenusu. Pusat ini juga turut bekerjasama dengan pihak pusat penyeledikan terkemuka
Rusia iaitu Russian Institute of Nutrition of the Russian Academy of Medical Sciences. Kilang kami
dilengkapi peralatan yang moden demi mencapai matlamat Nutrtitek Group: untuk menyampaikan kualiti
produk yang terbaik kepada pelanggan. Pusat penyelidikan dan pembangunan kami di Russia adalah sangat
unik kerana tiada satu pun pesaing kami yang dapat menandingi kelengkapan mahupun kepakaran
kami, sekaligus menjadikan Nutritek Group sebagai peneraju di dalam industri ini.
Kini, kami ingin memperluaskan pasaran kami sebagai peneraju di dalam makanan bayi serta pasaran tenusu
di China, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika. Pelaburan kami pada kilang Kilang Tenusu New Zealand
Dairies Ltd di Studholme akan menyediakan kami dengan kuantiti yang mencukupi untuk dieksport
kedalam pasaran serta membantu kami menjadi pengeluar global.

Kepercayaan Nutritek
Susu Terbaik dari New Zealand – ini adalah matlamat Nutritek Group dalam melebarkan pasaran kami
sebagai peneraju pengeluaran global. Produk susu New Zealand juga adalah sangat dinanti-nantikan
sama ada di Asia mahupun Asia Barat. Adalah menjadi komitmen Nutritek Group untuk mengedarkan
susu yang berkualiti kepada para pelanggan kami di setiap kawasan.

Kilang-kilang kami mempunyai Bahagian Pengawalan Kualiti yang bertanggungjawab terhadap perkara-
perkara tersebut:

  • Untuk mengawal semua bahan-bahan mentah yang diterima serta produknya
  • Untuk mengawal sanitasi dan kebersihan kawasan pengeluaran.
  • Untuk mengawal setiap produk yang dikeluarkan serta kawalan berterusan tehadap produk serta
  • Untuk mengawal dan memperbaiki proses pengeluaran secara berterusan demi teknik penjualan.

Keputusannya? Produk susu berkualiti dari Nutritek Group yang dipercayai.

Kekuatan Kami
Nutritek Group percaya kepada kekuatan yang telah wujud di dalam syarikat ini dalam menjadi peneraju
kepada pasaran ini:-
Pengeluaran yang kukuh untuk merealisasikan prospek pertumbuhan.
Kombinasi diantara teknologi terkini milik Nutritek Group, serta kepakaran para penyelidik dan
kemampuan perkilangan kami membolehkan kami menawarkan produk yang berkualiti pada
harga yang berpatutan. Ini sekaligus memberikan kami penjimatan dari segi kos berbanding para pesaing kami.

Sumber kepada susu mentah yang dipercayai dan berkualiti
Nutritek Group di Rusia mempunyai hubungan yang utuh dengan pihak pembekal susu mentah dan merupakan
di antara pembeli terbesar di negara ini. Dengan pelaburan kami pada perkilangan tenusu di Studholme,
New Zealand, kami mendapat bekalan susu mentah yang berkualiti daripada para penternak New Zealand.

Potfolio yang luas bagi produk makanan bayi dan nutrisi klinikal
Nutritek Group adalah pengeluar bagi pelbagai jenis produk makanan bayi di pasaran Rusia. Kami
juga menawarkan pelbagai produk nutrisi klinikal.

Kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunnan yang unik.
Nutritek Group adalah sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan, kini terletak di perkilangan Istra.
Pusat penyelidikan kami mempunyai tenaga pakar seramai 50 orang.

Sistem kawalan kualiti yang ketat dan produk Nutritek Group yang berkualiti tinggi.
Kami menggunakan sistem kawalan kualiti yang ketat. Kilang kami dilengkapi dengan teknologi yang moden
dan dijamin mempunyai standard yang tinggi dalam penghasilan produk berkualiti. Kami juga
mempunyai pengawalan yang ketat dalam memastikan kualiti bahan mentah dan produk akhir.
Kami juga menggunakan bahan pembungkusan yang terkini demi mengekalkan produk berkualti bagi
jangka masa panjang.

Sistem pengedaran yang terurus
Nutritek Group mengembangkan pengedaran dan penjualan produk bayi kami dan kini boleh didapati di
setiap daerah di Russia dan Negara-negara CIS.

Kakitangan Kami
Kami percaya bahawa aspek yang penting dalam penghasilan produk yang berkualiti samada tenusu, nutrisi
bayi dan makanan istimewa adalah terletak kepada kakitangan kami. Untuk itu, pembekal dan
kakitangan Nutritek Group adalah terdiri daripada latarbelakang serta pengalaman yang berbeza, ini
sekaligus membuatkan Nutritek Group mampu berdiri di hadapan sebagai pengeluar produk makanan bayi.

Dengan pengalaman serta kemahiran yang pelbagai, Nutritek Group terdiri daripada pasukan yang
berkelayakan seperti penyelidik, jurutera, perunding nutrisi, ahli kimia, pembantu pentadbiran dan ramai lagi
demi membantu dalam mencapai matlamat Nutritek Group untuk menjadi yang terbaik di dalam pasaran ini.

Produk-produk daripada Nutritek Group
Antara produk yang terdapat di bawah pengeluaran Nutritek Group:-

  • 120 makanan nutrisi bayi (formula bayi, susu berformula, formula bayi istimewa, dan pelbagai produk bagi bijiran bayi)
  • Lebih 10 nutrisi klinikal berformula
  • Lebih 100 produk tenusu
  • Lebih 50 produk makan dalam tin

Kembali 


    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
HomeFeedback To Us !Sitemap