![]() |
|
|
|||||||||
|
|
|
|
|||||||||
|
|
|
||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|
|
||||||||||
|
|
|
||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|
Persekitaran bersih untuk anak kita Bila kita membicarakan mengenai alam sekitar, minda kita sudah pasti akan tertumpu kepada pencemaran udara, pemanasan global, kemusnahan hutan dan kepupusan spesies haiwan liar. Kerajaan kita bersama-sama pihak NGO menyedari betapa seriusnya masalah ini dan sedang berusaha mengangani masalah ini, namun hal ini adalah masalah yang berterusan dan memerlukan perhatian yang lebih kerap. Asap Diesel, pelepasan asap kenderaan, industri dan perumahan merupakan punca utama Tumbuhan memerlukan CO2 untuk fotosintesis (mekanisme yang diperlukan tumbuhan untuk pertumbuhan), Namun lebih banyak pokok yang telah digunakan untuk pembangunan dan jika dicampur dengan pencemaran yang berlaku pada atmosfera, ini memberi kesan kepada pertambahan jumlah gas karbon dioksida dan pengurangan tumbuhan hidup untuk menyeimbangkannya. Namun begitu, kita boleh membantu dalam menjaga persekitaran dengan menanam pokok di kawasan sekitar rumah kita ataupun menanam di dalam pasu bunga untuk hiasan dalam rumah. Terdapat banyak cara untuk kita membantu memelihara persekitaran, dan jika setiap di antara kita membantu walaupun secara kecil, sudah pasti memberi impak yang besar. Kini, ramai pihak yang sedar mengenai isu alam sekitar ini, dan jumlah ini semakin meningkat di kalangan generasi muda. Namun masih terdapat banyak cara yang dapat dilakukan untuk mendidik anak-anak kita mengenai alam sekitar mereka. Antara tabiat-tabiat mudah yang dapat kita galakkan kepada anak-anak kita sejak kecil lagi ialah: * Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka. Tutup segera selepas digunakan. * Sentiasa memastikan televisyen ditutup selepas digunakan. * Pastikan lampu ditutup, sekiranya tiada sesiapa di dalam bilik. * Tutup pili air selepas digunakan. Jangan biarkan air mengalir ketika kamu memberus gigi. * Kumpul majalah, suratkhabar, tin, kaca serta botol lama dan bawa ke pusat kitar semula yang berdekatan. Kitar semula adalah satu terma yang digunakan apabila barangan terbuang dikumpul, diasing dan diproses kembali menjadi bahan mentah yang boleh digunakan semula. Dengan mengitar semula, kita dapat membantu memelihara alam sekitar, mengurangkan pembuangan sampah dan menjimatkan penggunaan ruang tanah. Sekiranya, anda pergi ke pusat kitar semula bawalah anak anda sekali dan terangkan kepada mereka mengenai apa yang berlaku dan mengapa ianya berlaku. Tidak terlalu lambat untuk memulakannya. Ingat, hanya kerana kita membuang sampah ke dalam tong sampah tidak bermakna ia akan pergi selama-lamamnya tetapi kita hanya telah memindahkannya ke suatu tempat yang lain. Sebaliknya, kitarlah semula dan gunakan ia untuk tujuan yang baik. |
![]() |
|
||||||||
|
|
|
||||||||||
|
|
|
||||||||||
|
|
![]() |
|
|||||||||
![]() |
|
||||||||||
|
|
|
||||||||||
Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes | |
![]() |
|
|||||||||
|
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|