Dalam episod ke – 9 Nufamili ini, kita
membincangkan masalah pengurusan anak yang
biasanya di hadapi oleh keluarga yang
mempunyai lebih daripada 2 orang anak dan
terutamanya bagi ibu bapa yang berkerja.
Dalam episod  ini, kita mengikuti nasihat
daripada Cik Cheong Sau Kuan, Pakar Psikologi
Klinikal Kolej Sunway. Menurut  Cik Cheong Sau
Kuan, ibu bapa yang berkerja haruslah
melapangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit
dalam sehari untuk setiap seorang anak walaupun letih selepas kerja. Selain
daripada itu, ibu bapa perlu berkerjasama dan mengetahui teknik-teknik menjaga anak supaya mereka berdisiplin dan berdikari. Antara SMART IMMUNE Tips yang diberikan kepada keluarga Puan Eliza dan Encik Saiful ialah :

  • Pastikan arahan yang diberi kepada anak-anak adalah ringkas dan tepat.
  • Pujian diberikan setelah anak-anak selesaikan tugasan.
  • Pastikan situasi sentiasa dikawal oleh ibu bapa semasa memberi arahan.
  • Semasa aktiviti membaca elakkan penggunaan soalan.
  • Kaedah ‘time out’  adalah teknik untuk meredakan dan mendisiplinkan anak.

Secara keseluruhannya , mengajar anak –anak agar mematuhi arahan adalah langkah pertama dalam pengurusan mereka. Ibu bapa haruslah sentiasa tabah dan tegas sambil memberi perhatian dan masa yang cukup untuk anak-anak supaya mereka tahu mereka penting dan disayangi selalu.

 

BACK 


Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Halaman UtamaHubungi KamiPeta Laman