Perkataan pertama yang disebut oleh anak – anak
adalah menjadi perkara yang dinantikan oleh setiap
ibu – bapa. Menurut Puan Shireen Abdullah
(Pakar Pathologist Pertuturan) kanak – kanak yang
mengalami masalah dalam berkomunikasi adalah
seperti lewat bercakap, bercakap tidak jelas dan juga
gagap.

Dalam episod kali ini, Puan Shireen juga memberikan
SMART IMMUNE Tips kepada adik Qyran dengan
menggalakkan si kecil meniup buih agar dapat
menguatkan otot lidah dan pipi.

Bagi adik Buqhari pula, Puan Shireen menyarankan Puan Shazreen dengan tips berikut:

  1. Menggunakan 'WH Question' seperti (kenapa, bagaimana) untuk menggalakkan anak – anak bercakap.
  2. Menggunakan lukisan sebagai satu bahan penceritaan.
  3. Meluangkan masa bersama – sama anak untuk memberinya peluang untuk bercerita.

Anak -anak kecil yang lemah dalam berkomunikasi perlu di ambil perhatian segera agar mereka tidak merasa rendah diri atau tidak berkeyakinan terutama ketika mula melangkah ke alam persekolahan.

 

Kembali 


Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Halaman Utama Hubungi Kami Peta Laman