 |
Pada episod kali ini, kita membincangkan isu
eczema dikalangan anak–anak. Menurut
Dr. Leong Kin Fon, pakar kulit kanak-kanak,
Unit Pediatrik HKL, eczema adalah radang kulit
yang disebabkan oleh faktor persekitaran yang
kotor, cuaca yang panas dan kering. Anak–anak
akan mengalami gatal – gatal pada kulit mereka.
Ini menyebabkan mereka suka menggaru di
kawasan kulit berkenaan lalu menyebabkan
kulit kemerahan. Namun begitu, apabila
anak- anak meningkat besar lama kelamaan
penyakit eczema akan berkurangan dan seteusnya hilang.
Antara SMART Immune Tips yang diberikan oleh Dr. Leong adalah:
- Mandikan anak tidak melebihi 15 minit.
- Gunakan krim Aqua ketika memandikan anak.
- Sapukan krim pelembap selepas mandi.
Apabila ternampak anak anda menggaru kulit mereka, ibubapa janganlah terus memarahi mereka, tetapi galakkan anak-anak agar menggunakan krim pelembap.
Kembali |
 |
 |