Dalam episode NUFamili ke-6, kita bincangkan teknik untuk
membiasakan diri anak-anak dalam pelbagai kemahiran hidup
harian. Antara masalah-masalah yang biasanya ibubapa
hadapi ialah bagaimana hendak melupuskan penggunaan
lampin bagi kanak-kanak mereka dan corak tidur yang tidak
tetap pada anak-anak mereka. Dalam episod ini, kita
mengikuti nasihat daripada Puan Yasmin, seorang Pakar
Intervensi Awal. Menurut Puan Yasmin, terdapat tiga fasa
tidur dan setiap fasa adalah penting untuk kanak-kanak.
Tidur yang berterusan dan mencukupi adalah amat penting
bagi kanak-kanak yang membesar. Selain itu, menurut
Pn.Yasmin lazimnya kanak-kanak yang sudah berumur
1 ½ tahun boleh dilatih pergi ke tandas.Antara Smart Immune Tip yang dicadangkan oleh Pn.Yasmin bagi Areef untuk latihan tabiat tidur yang baik ialah :

  • Mewujudkan ruang yang berbeza untuk aktiviti harian yang berlainan.
  • Sediakan bilik yang berasingan sebagai tempat mainan.
  • Gunakan tilam yang berlainan untuk membezakan tidur siang dan tidur malam.

Antara Smart Immune tip bagi Pn.Shamizar, untuk anak-anaknya Adawiyah dan Aisy yang memerlukan bimbingan ke tandas adalah :

  • Memupuk tabiat pergi ke tandas setiap jam.
  • Anak-anak diajar tentang langkah-langkah yang perlu dibuat semasa rutin ke tandas.
  • Makan dan minum susu 2 jam sebelum tidur.
  • Memastikan anak-anak dibawa ke tandas sebelum tidur.

Secara keseluruhan dalam episod ini, kita dapat mempelajari bahawa asas kemahiran hidup harian adalah penting untuk perkembangan rutin harian anak-anak. Selain itu, kemahiran hidup harian adalah penting juga bagi perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

 

Kembali 


Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Halaman UtamaHubungi Kami Peta Laman