Dalam episod  NUGROW NUFamili yang ke-5 ini, kita
bincangkan cara-cara mengajar anak-anak untuk berdikari.
Antara masalah-masalah yang biasanya ibubapa hadapi
ialah bagaimana hendak mendikarikan anak-anak mereka
supaya apabila ibubapa bekerja,anak-anak boleh berdikari
menjaga diri mereka. Dalam episod ini, kita mengikuti
nasihat daripada Puan Safiyyah Aziz,Pakar Psikologi
Kesihatan. Menurut Puan Safiyyah, cadangan yang
terbaik untuk membiasakan anak-anak untuk berdikari
adalah dengan memperkenalkan rutin kepada anak-anak.
Melalui rutin ini, anak-anak akan membiasakan diri mereka
dengan masa makan, mandi,main dan masa ibubapa pergi
dan balik dari kerja. Menurut Pn.Safiyyah juga, mengajar
anak-anak untuk berdikari boleh dilakukan dari masa mereka masih kecil lagi. Dengan cara ini, anak-anak akan rasa lebih berdikari dan yakin dalam segala kerja yang mereka lakukan Kanak-kanak yang diajar berdikari akan berasa lebih autonomi dan pandai mengawal perasaan dan keadaan persekitaran mereka. Dalam episod ini juga, turut membincangkan rasa tidak selasa atau tidur yang tidak mencukupi untuk ibubapa apabila anak-anak tidur bersama mereka.
Antara strategi yang dicadangkan oleh Pn.Safiyyah kepada Pn.Azlili, untuk anaknya Nureen yang berumur 4 tahun dalam masalah berdikari, ialah;

  • menyediakan jadual waktu atau rutin. Kanak-kanak digalakkan menyediakan jadual/rutin mereka bersama dengan ibubapa.
  • Ganjaran diberikan kepada anak-anak apabila mereka berjaya melakukan kerja-kerja mereka dengan baik.

Untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak yang biasa tidur dengan ibubapa ialah dengan cara;

  • Menyamakan keadaan tidur kedua-dua bilik. Contohnya, jika anak-anak biasa tidur di atas tilam di bilik ibubapa, maka bilik mereka juga harus ada tilam.
  • Menyamakan bau bilik anak dengan bau bilik ibubapa. Ini boleh dilakukan dengan manggantungkan pakaian ibubapa di bilik anak-anak.
  • Membenarkan anak membuat pilihan dan keputusan dalam hal menghiasi bilik mereka.
  • Melakukan aktiviti dengan anak-anak di bilik mereka pada waktu siang.
  • Elakkan marah anak-anak di bilik mereka. Ini boleh mewujudkan rasa selesa anak-anak di bilik mereka.

Secara keseluruhan dalam episod ini, kita dapat mempelajari bahawa ibubapa harus mencari masa yang sesuai dan lakukan cara yang sesuai untuk membawa perubahan kepada anak-anak mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari upk@medik.ukm.my, Unit Psikologi Kesihatan,UKM.

Kembali


Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Halaman Utama Hubungi Kami Peta Laman