Dalam episod ke-4, kita bersama Puan Azlina iaitu seorang
Pakar Psikologi Klinikal (UKM) yang membincangkan isu
tunjuk perasaan (marah/mengamuk) di kalangan anak-anak.
Menurut Puan Azlina, adalah normal bagi perkembangan
anak-anak berumur 6 tahun ke bawah menunjukkan sifat
marah mereka. Ini adalah salah satu cara bagi mereka
berkomunikasi untuk meluahkan perasaan mereka.

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak kecil
mengamuk atau marah adalah kerana:

  • Personaliti – terdapat segelintir anak-anak yang bersifat
    sensitif dan emosi mudah terusik.
  • Stress – terutama ketika mereka lapar, cuaca yang panas mahupun mengantuk (Kadangkala ibu yang mengalami stress turut boleh mempengaruhi anak untuk mengalami stress).

Antara SMART Immune Tips yang diberikan kepada Puan Zaireen adalah :

  • Menjelaskan kepada si anak fungsi ‘kerusi mengamuk’ dan pastikan anak faham.
  • Apabila latihan ‘kerusi mengamuk’ dijalankan, ibu bapa mesti bekerjasama dan tegas.
  • Akhir sekali, apabila si anak berhenti meragam berikan pujian kepadanya.

Bagi Puan Marazra pula, Puan Azlina memberikan SMART Immune Tips seperti di bawah :

  • Menyediakan satu bilik khas untuk menempatkan anak ketika dia mengamuk. Ibu bapa perlu sentiasa menjenguk si anak untuk memastikan si anak tidak mencederakan dirinya.
  • Ibu bapa mesti tegas dan konsisten sampailah si anak faham dan berhenti meragam.
  • Pastikan ibu bapa memandang mata anak ketika bercakap dengan mereka untuk
    mendapatkan perhatian si anak.

Di akhir episod, Puan Azlina turut berpesan kepada ibu-bapa agar meluangkan ‘masa berkualiti’ bersama anak-anak selama setengah jam pertama ketika pulang ke rumah dari bekerja . Ini kerana pada waktu ini, anak-anak amat teruja untuk bercerita mengenai aktiviti mereka dan amat penting bagi kita untuk memenuhi keperluan emosi mereka.

Kembali 


Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Halaman UtamaHubungi Kami Peta Laman