 |
Dalam episod Nufamili 3 ini, kita membincangkan satu
masalah yang sering dihadapi oleh segelintir kanak-kanak,
iaitu dyslexia. Dalam episod ini, kita akan megikuti nasihat
daripada Presiden Persatuan Dyslexia W.P, Pn. Sariah
Amirin. Menurut Puan Sariah, dyslexia adalah satu masalah
pembelajaran disebabkan oleh struktur dan cara otak
berfungsi. Masalah ini biasanya tidak kelihatan dan hanya
dilihat dari segi membaca, mengira dan menulis.
Kanak-kanak dyslexia mempunyai masalah pengawalan
pergerakan dan ketidak stabilan psikomotor. Pergerakan
ini adalah satu stimulasi kepada otak dan memberi
rangsangan deria-deria badan. Sekiranya deria ini tidak
berfungsi dengan baik, maka pembelajaran akan tergugat. Menurut Puan Sariah juga, antara cara untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah dyslexia ini adalah dengan menjalankan pengajaran meggunakan alat-alat 3 dimensi di mana kanak-kanak itu boleh lihat kiri,kanan,depan dan belakang.
Smart Immune Tip: Pn. Sariah mencadangkan:
- Pembezaan huruf dapat difahami dengan warna yang berlainan.
- Mengajar kumpulan perkataan dalam fonik yang sama. Tukarkan huruf pertama sahaja.
- Latihan rangsangan kepada deria seperti permainan pasir kerana ini memerlukan kemahiran motor.
Selain itu, Norlinda Masood (Pelatih dari Persatuan Dyslexia W.P) memberikan nasihat kepada keluarga Puan Zarina dan Rashdan iaitu;
- Mulakan latih tubi membaca 2 suku kata ke 3 suku kata
- Latihan lompatan trampoline menstimulasikan otak dan memupuk keyakinan.
Masalah dyslexia adalah satu masalah yang sering didapati tetapi masalah ini selalu disalah tafsirkan. Jika anak-anak yang disangka ada dyslexia, ibubapa boleh mendapatkan bantuan dari Persatuan Dyslexia Wilayah Persekutuan (03-4251 5618/03-4025 5109). Untuk maklumat lanjut sila layari www.fitzprog.com.au/www.dyslexia.swk.com.
Kembali |
 |
 |