Dalam episod ini, Puan Indra Balaratnam yang merupakan seorang
pakar pemakanan berkongsi pendapat mengenai pemakanan di
kalangan anak – anak. Puan Indra menerangkan bahawa pada masa
kini ramai kanak – kanak di Malaysia yang mempunyai berat badan
berlebihan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor:
- Kurangnya aktiviti fizikal.
- Kekurangan masa untuk menyediakan makanan di rumah
menyebabkan kanak – kanak lebih banyak makan makanan
segera.
Dr. Zalilah Mohd Shariff turut memberikan nasihat berkenaan
Piramid Makanan kepada adik Safizan. Menerusi Piramid Makanan,
anak – anak perlu mengambil:
- Semua jenis kumpulan makanan namun hidangannya
perlulah seimbang.
- Banyakkan hidangan di dalam kelas karbohidrat seperti
nasi, mee dan bijirin.
- Lebihkan juga hidangan bagi buah-buahan dan sayur – sayuran.
- Kurangkan makanan di dalam kelas makanan bagi lemak, minyak dan gula.
Bagi adik Dania yang berumur 4 tahun , Puan Indra menerangkan sedikit tips dimana:
Smart Immune Tips:
- ¾ cawan nasi adalah mencukupi usia ini.
- 4 kali susu dalam sehari adalah terlalu mengenyangkan bagi kanak – kanak berumur 4 tahun. 20 auns adalah mencukupi.
Ibu – bapa boleh menggalakkan anak untuk makan dengan membiarkan mereka memilih makanan kegemaran mereka dan dicampurkan dengan jenis makanan lain untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan Pemakanan seimbang, sila layari www.nutriweb.org.my
Kembali |