Dalam episod pertama ini, kita menyelami masalah autisma yang berlaku terhadap anak anak. Autisme adalah corak perlakuan anak -anak yang terasing dalam dunianya sendiri. Dr. Hasnah Toran, Pakar Intervensi awal turut menerangkan bahawa antara  ciri-ciri autisme adalah:

  1. Gemar bersendirian.
  2. Tidak mahu/sukar berkomunikasi.
  3. Tingkahlaku yang taksub terhadap sesuatu benda atau melakukan pebuatan yang sama berulang-ulang.

Dr. Hasnah turut memberikan sedikit tips kepada Puan Ija dan Puan Nazmin berkenaan anak – anak mereka. Antara Smart Immune tips yang diberikan adalah:

  1. Cuba kurangkan kepekaan di bahagian mulut yang sensitif, untuk menggalakkan si kecil makan.
  2. Berikan ganjaran apabila si kecil berjaya mengeluarkan pertuturan.
  3. Mengadakan latihan 'compliance' seperti memanggil nama anak.
  4. Membuat jadual aktiviti bersama – sama.
  5. Bermain bersama – sama dan mengalakkan anak – anak memberikan arahan dalam permainan tersebut

Sila layari www.nasom.com.my dan www.autismspeaks.org untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Autisme. Atau hubungi Pusat Pendidikan Autisma Kuala Lumpur di talian 03-4022 3744.

 

Kembali 


Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Halaman Utama Hubungi Kami Peta Laman