 |
Dalam episod Nufamili yang ke-10 ini, kita
membincangkan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity
Disorder) yang dihadapi oleh sesetengah kanak-kanak
dari umur 3 tahun dan akan menjadi lebih ketara
apabila mereka dewasa dan memasuki alam
persekolahan. Kanak-kanak ini biasanya terlalu
hyperaktif atau mempunyai masa tumpuan yang
singkat. Dalam episod kali ini, kita mengikuti nasihat
daripada Dr.Nor Hamidah, Pakar Perunding Psikiatri
dari Pusat Perubatan Pakar Gleneagles Intan.
Menurut Dr.Nor Hamidah, masalah ADHD adalah satu
masalah ‘medical’. Kanak-kanak yang menghadapi
ADHD biasanya tidak mengenali batasan sosial mereka. Ibu bapa haruslah memberikan perhatian dan tumpuan yang lebih kepada kanak-kanak yang meghadapi masalah ADHD. Dr.Nor Hamidah turut memberi sedikit SMART Immune Tips kepada keluarga En.Timothy dan Pn.Ros dengan anak mereka, Ronan yang meghadapi masalah ADHD.
Antara Smart Immune Tips yang dicadangkan oleh Dr.Nor Hamidah ialah :
- Berikan tumpuan yang penuh dan personal.
- Terangkan konsep dengan visual.
- Buku komik dan buku bergambar boleh meningkat minat membaca.
- Beri tunjuk ajar secara konsisten sehingga menjadi tabiatnya.
Selalunya kanak-kanak ADHD kurang berkeyakinan kerana mereka sering dimarahi dan dicop nakal. Mereka perlukan perhatian dan orang disekeliling mereka menyayangi dan memahami diri mereka.
Ibu bapa mereka boleh membantu mereka dengan mencari aktiviti yang mereka suka, ini akan mendorong mereka mencapai potensi mereka. |
 |
 |