English Version
Peta Laman Hubungi Kami Halaman Utama Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap Home Feedback To Us ! Sitemap

10 trend di dalam Makanan,
Nutrisi dan Kesihatan 2009



Kesihatan Penghadaman

Kesihatan penghadaman adalah isu yang sering berlaku di kalangan kita. Apabila kita
bercakap mengenai penghadaman, kita secara automatik akan memikirkan mengenai
sistem usus. Sembelit adalah merupakan salah satu masalah gastrousus, yang mana
akan berlaku apabila tinja mengambil masa yang lebih lama untuk melalui usus.
Terdapat beberapa cara untuk merawat masalah sembelit antaranya dengan
meningkatkan pengambilan cecair dan serat serta meningkatkan latihan fizikal. Serat membantu dalam melambatkan perjalanan di dalam usus serta melembutkan tinja.
Tambahan pula, serat tidak larut membantu dalam mempercepatkan pergerakan bahan buangan dalam gastrousus. Probiotik adalah salah satu sumber serat. Ianya membantu dalam mengekalkan persekitaran yang baik di dalam sistem usus. Probiotik juga menguatkan bakteria baik di dalam usus sekaligus mengelakkan pertumbuhan bakteria merbahaya.

Nutrisi Kanak-kanak

Di kalangan kanak-kanak dan remaja, hidangan petang memberikan jumlah tenaga terbesar berkadaran dengan zat makanan yang utama berbanding hidangan lain serta snek ringan. Namun, kebanyakkan kanak-kanak lebih gemar untuk menikmati snek ringan, makanan segera serta manisan berbanding makanan yang berkhasiat ini. Untuk menambah jumlah makanan yang berkhasiat ini, sesetengah ibu-bapa perlu mengubahsuai makanan berkhasiat kepada rupa makanan yang lebih menarik agar kanak-kanak lebih tertarik untuk menikmati makanan ini. (Sebagai contoh: Kek).

Tenaga

Makanan yang menyalurkan sumber tenaga adalah penting untuk mengekalkan jumlah tenaga yang diperlukan ketika metabolism asas (seperti waktu rehat) yang mana turut dikenali sebagai ‘metabolisme asas’ serta tenaga yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti fizikal (Sebagai contoh: berjalan, berlari dan bekerja). Berat badan adalah merupakan faktor utama dalam menentukan berapa banyak jumlah tenaga yang kita perlukan, ini kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengekalkan serta mengerakkan jisim badan.

Buah-buahan serta minuman susu adalah diklasifikasikan sebagai sebuah kategori baru dalam menyediakan tenaga dalam satu bentuk yang lebih sihat. Buah-buahan mempunyai tenaga di dalam bentuk gula semulajadi. ‘Pembakaran’ gula ini adalah dikenali sebagai proses ‘bersih’. Ini kerana, tenaga yang terdapat di dalam buah ini adalah dalam bentuk gula ringkas (glukosa). Badan kita dengan mudah dapat menukarkan glukosa kepada bentuk tenaga dengan kehadiran oksigen. Apabila badan kita menukarkan gula dengan kehadiran oksigen, maka bahan buangan akan terhasil (termasuklah air dan karbon dioksida). Badan kita dapat menggunakan air dan mengeluarkan karbon dioksida ketika proses pernafasan melalui paru-paru. Ianya adalah cepat, bersih, dan salah satu cara untuk mengekstrak tenaga.

Snek berkhasiat

Snek berkhasiat dapat memenuhi keperluan zat makanan dan sosial. Adalah disarankan untuk menikmati snek 2 jam sebelum hidangan yang seterusnya. Namun, kita hendaklah berhati-hati ketika menikmati hidangan snek kerana ada diantaranya mampu menyumbang kepada berat badan berlebihan.

Sihat semulajadi


Pada masa dan usia ini, kebanyakkan orang mula mencari makanan ‘semulajadi;. ‘Semulajadi’ bermaksud makanan atau minuman yang tulen dan tidak mengandungi tambahan bahan kimia dan ianya dipercayai lebih sihat. (Kamus Cambridge). Menurut Healthfocus, kesedaran terhadap risiko kepada kanak-kanak oleh professor kesihatan dan ibubapa telah melahirkan permintaan terhadap kawalan semulajadi dan ‘Functional Foods’ untuk kanak-kanak.

Rasai Kebaikan


Produk ‘Functional Food’ bagi kanak-kanak telah meningkat di pasaran dan menandingi dari segi standard vitamin dan mineral, di mana kandungan terkini yang disokong oleh sains seperti DHA, AA dan Probiotik. Makanan memberikan zat makanan yang penting kepada kanak-kanak yang membesar dengan aktif dan sihat. Untuk itu, faedah mahupun fungsi makanan ini merupakan elemen yang kritikal bagi ibubapa sebelum membuat keputusan dalam membeli makanan. Kini, ibubapa bukan sahaja akan memastikan bahawa makanan tersebut berkhasiat tetapi adalah selamat untuk dimakan.

Pengurusan berat

Mengurangkan lemak badan adalah merupakan agenda utama dalam pengawalan berat. Ibubapa perlu memainkan peranan dalam mengawal pengambilan makanan kanak-kanak. Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah kawalan saiz makanan, mengetahui bila dan kuantiti yang perlu di berikan kepada anak-anak dalam memastikan anak-anak mendapat jumlah makanan yang mencukupi seperti yang dicadangkan.

Bidang-bidang

“Bidang di masa hadapan adalah peningkatan bidang makanan untuk kesihatan”. Laporan daripada Center for Culinary Development and Packaged Facts mengatakan bahawa kedatangan gelombang makanan yang diperkuatkan serta berkhasiat merupakan petunjuk kepada peningkatan kualiti hidup berbanding pencegahan penyakit.

Pembungkusan dan premium

Pembungkusan telah bermula sejak perang Dunia I dan II sebagai salah satu cara untuk melindungi makanan ketika zon perang. Inovasi dalam pembungkusan adalah dipengaruhi oleh keperluan pengguna serta permintan yang dipengaruhi oleh trend global, seperti peningkatan jangka hayat. Beberapa orhanisasi telah melabur di dalam pengeluaran dan pengedaran makanan. Menurut Institute Food Technologist, penggunaan pembungkusan makanan adalah pengukur kepada sosioekonomi kepada peningkatan keupayaan berbelanja oleh sesuatu populasi atau barangan domestik secara kasar serta ketersediaan makanan dalam negara (di kampung serta di bandar).


 

Rujukan: www.ift.org

                                                                     KEMBALI



    Copyright © 2009 Nural. All Rights Reserved | User Agreement | Privacy Notes |
Home Feedback To Us ! Sitemap